MALAM 27/10/2014

Tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) bagi kuat memegang prinsip-prinsip kebebasan bersuara dan berfikir rasional! Jangan jadi keldai tunggangan kuasa hegemoni daulah.... Dan usah binasakan reputasi kebebasan bersuara dan perkongsian secara ilmiah di universiti...

Untuk sesi ucaptama anjuran PMUM pada malam ini, hadirin jemputan adalah Dato' Seri Anwar b. Ibrahim- pemimpin pembangkang yang berkarisma, bereputasi baik di persada antarabangsa dan juga seorang bekas penuntut (alumnus) UM pada sekitar 60an-70an. Memandangkan pemimpin negara (dari perikatan pemerintah Barisan Nasional) boleh dijemput untuk menyampaikan kuliah/ucaptama/ceramah di dalam IPTA, jadi kenapa tidak pula bagi pemimpin dari perikatan bukan pemerintah (Pakatan Rakyat dalam konteks Malaysia)? Asalkan mereka bertujuan mematangkan daya pemikiran dan merangsangkan perspektif ilmiah berkenaan di kalangan pelajar...

Seseorang pelajar universiti bukan sahaja perlu mencapai markah/keputusan/pencapaian akademik yang cemerlang dan baik, tapi perlu juga mematangkan daya pemikiran dan mengembangkan kemahiran bersosial (soft skills) sepanjang tempoh pengajian. Bukan nak mendorong mereka untuk menghabiskan masa mereka dalam bidang-bidang politik semata-mata. Sebagai modal insan, mereka perlu juga mengambil tahu atau peka akan isu-isu semasa supaya tidak tertinggal daripada arus zaman. Lagipun mahasiswa-mahasiswi akan mencapai umur 20an pada waktu bergraduasi, kan?



8.06 pm
27/10/2014

Ulasan

Catatan Popular