SUNGAI KINABATANGAN

Sungai Kinabatangan adalah sungai yang terpanjang di Sabah. Oleh sebab ia juga menyimpan habitat-habitat yang sangat penting untuk kepelbagaian biologi Borneo, jadi pihak kerajaan dan beberapa Badan Bukan Kerajaan telah mengusahakan rancangan pembangunan eko-pelancongan dan perladangan kelapa sawit secara mapan. Ada beberapa penempatan asli telah menjadi destinasi eko-pelancongan yang menawarkan pengembaraan sungai Kinabatangan. Ada juga menawarkan homestay untuk sesiapa yang ingin menghayati keindahan sungai tersebut.

Salah satu tempat yang boleh menyaksi keindahan sungai Kinabatangan adalah di Batu Puteh. Ia terletak di pertengahan laluan Jalan Sandakan-Lahad Datu.Orang ramai pasti dapat menyaksikannya semasa menyeberangi jambatan ini.




Kedua-dua gambar ini diambil semasa saya pergi ke Lahad Datu pada 8 Julai 2015. Menyeberangi sungai Kinabatangan di Batu Puteh, sambil menyaksikan keindahan landskap lembangan sungai itu yang menyerlahkan kepelbagaian biologi yang terpendam jauh di dalamnya.

Satu lagi tempat yang kita boleh pergi juga ialah Kampung Bilit. Terdapat satu rumah singgahan/ resort yang bernama Myne Resort. Sesiapa yang berminat untuk jelajah sungai Kinabatangan yang berliku-liku bolehlah bersinggah di resort berkenaan.



Dari gambar di atas, kelihatan rombongan pelajar teruja untuk bergambar di persada terampung di tepi Sungai Kinabatangan. Tempat ini di belakang Myne Resort yang terletak di Kampung Bilit.

21/7/2015
1.56 am

Ulasan

Catatan Popular