14/1/2018

希望聯盟不能只靠馬哈迪的在野黨立場來取得新一代游離選民的支持。它必須以團結一致和比現有的政策更廉明、親民和實際的政綱來説服他們。

同時馬哈迪必須先承認自身過往的施政錯誤與現在納吉所做的昏庸之治同樣導致如今每個大馬人面對的難堪局面,再承諾回鍋做首相後依照個人治國經驗來一一糾正治國系統。屢次拿納吉的昏庸之治來攻擊國陣卻忘了承認自身的施政錯誤只會把已經討厭馬哈迪的選民疏離得更遠。

----------
Pakatan Harapan tidak boleh bergantung kepada pendirian politik pembangkang yang dipegang oleh Tun Mahathir Mohamad semata2 untuk memperoleh sokongan generasi pengundi atas pagar baharu. Ia perlu mengemukakan rangka pentadbiran yang telus, mesra rakyat, praktikal (masuk akal) dengan semangat kerjasama berpasukan untuk menyakinkan mereka.

Pada masa yang sama, beliau wajar terlebih dahulu mengakui bahawa penyelewengan dalam pentadbiran sendiri dan ketidakcekapan pentadbiran Najib Razak sama2 menyumbang kepada situasi mendukacitakan yang kita perlu hadapi sekatang, dan seterusnya berjanji akan membetulkan tatakelola tersebut berdasarkan pengalaman pentadbirannya. Sering mengecam Barisan Nasional dengan pengelolaan kerajaan Najib Razak yang tidak baik tetapi lupa akan kesilapan sepanjang tempoh pentadbiran sendiri (dari tahun 1981 hingga 2003) hanya menjauhkan lagi golongan pengundi yang telah sekian lama membenci Tun Mahathir Mohamad.

14/1/2018
9.53 pm

Ulasan

Catatan Popular