16/7/2018

Si Najib Razak ni terlalu menitikberatkan taat setia orang di sekelilingnya sehingga kewibawaan, kecekapan dan kebijaksanaan individu berkenaan dipinggirkan. (Baca sini) Beliau dilihat suka meminta taat setia drpd orang kanan dan ahli2 partinya serta ketagih terhadap manifestasi taat setia berkenaan sepanjang pentadbirannya, terutamanya selepas rombakan Jemaah Kabinet dilakukan pada 28 Julai 2015. Selain ungkapan 'you help me, I help you' pada tahun 2010, Tun Dr. Mahathir turut membilang bahawa si Najib ni mengutamakan prinsip 'Cash is King' pada Jun 2015. Karenah si Najib ni sangat menjengkelkan sekurang2nya 50% warga Malaysia, dan menjadi sebab utama Gelora Rakyat pada PRU-14 yg menghumban parti Najib keluar dari Putrajaya.

16/7/2018
12.46 am

Ulasan

Catatan Popular