12/8/2018- PERBINCANGAN TENTANG GERAKAN HAK 'L.G.B.T.Q.'
Berdasarkan pemerhatian saya, antara masalah sekarang yang sedang hadir adalah ramai drpd kedua2 golongan liberal dan ultraliberal (pihak penyokong dan simpati terhadap gerakan pengiktirafan hak homoseksual dan transgender) serta konservatif dan tradisionalist (pihak penolak/pembangkang dan sangsi/skeptik terhadap gerakan tersebut) asyik bersuara lantang tentang fenomena homoseksualiti dan transgenderisme dalam ruangan masing2 tanpa mengambil inisiatif untuk memahami sebab2 di sebalik pandangan yang berbeza daripada sisi lain.
Oleh sebab isu gerakan pengiktirafan berkenaan menyentuh pergaulan sosial antara lelaki dan perempuan yang berlaku setiap hari setiap masa serta menyentuh prinsip perkahwinan sebagai asas pembentukan keluarga dan kelangsungan bangsa negara, jadi pendirian saya berpihak di sisi konservatif/tradisionalis.
Walau bagaimanapun, sifat gerakan berkenaan, asal usul dan ciri2 fenomena homoseksualiti dan transgenderisme dari sudut ilmu duniawi dan agama serta segala impak negatif dan positif terhadap kelangsungan norma amalan masyarakat kita wajib dikaji selidik dengan teliti, menyeluruh dan berilmiah. Permuafakatan pendapat (opinion consensus) juga wajib dicapai antara kedua2 golongan liberal/ultraliberal dan konservatif/tradisionalist sebagai jawapan tuntas terhadap gelombang gerakan hak homoseksual, transgender dan 'Queer' (iaitu LGBTQ secara ringkasnya) yang semakin luas menyebar di dunia ini.
12/8/2018
8.01 am

Ulasan
Catat Ulasan