15/3/2020- SEJARAH BERULANG

Selepas parti PPBM (Bersatu) keluar dari Pakatan Harapan (PH), ia menjalin kerjasama politik bersama Barisan Nasional (BN), PAS dan puak pro-Azmin Ali untuk menyokong Muhyiddin Yassin serta menubuhkan kerajaan gabungan baharu. Kerajaan negeri Johor dan Melaka yang ditunjangi oleh PH turut tumbang dan digantikan dengan kerajaan gabungan baharu yang mengikut rentak kerjasama parti2 kerajaan persekutuan.

Sebenarnya, saya sudah lama menjangka peristiwa yang sedemikian di Johor dan Melaka bakal berlaku di peringkat negeri Perak. Saya berpendapat sedemikian kerana Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar, ahli parlimen Tambun dan ahli Bersatu tidak menyuarakan sokongan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti yg dilakukan oleh Syed Saddiq dan Dr. Maszlee Malik sewaktu kemelut politik semakin berakhir.

Selepas pihak berkepentingan diam2 seribu bahasa selama satu minggu, dugaan saya ini menjadi kenyataan apabila Ahmad Faizal Azumu mengisytiharkan kerajaan gabungan baharu bakal ditubuhkan susulan majoriti tercapai menerusi kerjasama politik antara United Malays National Organisation, PAS dengan Bersatu Perak. Tambahan pula, sokongan dari ahli bebas Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang beralih parti memperkukuh kedudukan majoriti gabungan berkenaan.

Kesudahan itu tidak mengejutkan saya. Akan tetapi, perkara yg berlaku seterusnya betul2 memperanjatkan saya: ADUN Buntong, Titi Serong dan Tronoh keluar parti dan menyokong Ahmad Faizal Azumu. Oleh sebab ADUN Titi Serong merupakan ketua pemuda Amanah merangkum ahli majlis mesyuarat negeri, maka tindakannya menggemparkan parti Amanah terutamanya sayap pemuda. Begitu juga dgn ADUN Tronoh, beliau juga ahli majlis mesyuarat negeri yg telah menyandang kerusi DUN tersebut sejak 2013. Beliau dianggap sebagai pembelot kedua selepas Hee Yit Foong (bekas ADUN DAP bagi kawasan Jelapang dari tahun 2004 hingga 2013) susulan tindakannya. Kebetulannya, kedua2 kawasan DUN Jelapang dan Tronoh terletak di kawasan parlimen Batu Gajah, satu berada di utara dan satu lagi di selatan. ADUN Buntong pula menyandang kerusi DUN tersebut sejak 2008 selepas menewaskan calon MCA, pernah membatalkan hasrat peletakan jawatannya dan terus menyandang sehingga sekarang. Tidak disangka pula beliau turut keluar parti.

Poster ADUN Buntong (berlatarkan warna merah) yang dipacak semasa beliau bertanding buat kali ketiga pada PRU-14 lalu. Lokasinya di sekeliling bulatan Jalan Sungai Pari.

Pejabat khidmat ADUN Buntong di Kg. Baru Buntong. Ia kini kelihatan tiada logo DAP dipaparkan selepas ADUN berkenaan keluar parti.

Pada 13 Mac lalu, Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak. Orang sama memegang jawatan, tetapi pasukan pentadbiran di belakangnya berbeza. Pada 12 Mei 2018, beliau mulai menerajui kerajaan negeri bersama dengan PH. Kini beliau menerajui kerajaan negeri bersama dengan gabungan baharu, bukan lagi PH. Beliau tidak mencontohi Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah) yang terus menerajui kerajaan campuran PH dan Bersatu.

Dalam ringkas kata, 8 Mac 2008 hari yg bersejarah kerana buat kali pertama kerajaan negeri Perak ditukar tangan. Pada 6 Februari 2009 pula buat kali pertama kerajaan baharu ditubuhkan tanpa melalui pilihan raya. Hampir sedekad kemudian, sejarah berulang pada 12 Mei 2018 dan 13 Mac 2020.

15/3/2020
1.15pm

Ulasan

Catatan Popular