PAS DALAM KERAJAAN NEGERI PERAK

Kali pertama PAS mentadbir negeri Perak adalah semasa dia bersama DAP dan PKR dalam perikatan Pakatan Rakyat dari 17 Mac 2008 sehingga 4 Februari 2009. PRU-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 adalah anugerah yang sangat mengejutkan buat ketiga-tiga parti tersebut kerana kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tajol Rosli Ghazali tumbang akibat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak gagal dicapai. Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi DUN, tetapi anggotanya Mohd Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar. Satu lagi anggotanya dilantik sebagai ahli majlis mesyuarat (EXCO) kerajaan negeri.

Angkatan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Perak dari Mac 2008- Februari 2009
Sumber dipercayai daripada 'Utusan Malaysia' mengikut fon hurufnya.

11 tahun kemudian, PAS kembali mentadbir negeri Perak dengan berkerjasama dengan parti-parti lain untuk memperolehi majoriti. Kali ini rakan kerjasama bukan DAP dan PKR. Tambahan pula, majoriti itu bukan dicapai dengan pilihan raya baharu; ianya dicapai apabila parti Bersatu menjalin kerjasama dengan United Malays National Organisation dan PAS. Lantaran itu, PAS diiktiraf sebagai salah satu komponen perikatan kerajaan bersama dengan parti-parti tersebut. Walaupun PAS hanya memenangi 3 kerusi DUN pada PRU-14 (9 Mei 2018), namun 2 anggotanya telah dilantik sebagai EXCO.

Angkatan pentadbiran kerajaan gabungan baharu mulai 31 Mac 2020. Pada setakat ini ada 3 orang EXCO belum dilantik.
Sumber: Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak

8/4/2020
12.18 am

Ulasan

Catatan Popular