17/5/2020- SEJARAH BERULANG

Pada tahun 2008, PAS bersama dgn Pakatan Rakyat mentadbir Kedah.

5 tahun kemudian, PAS dan perikatannya Pakatan Rakyat di Kedah ditewaskan dlm PRU13 oleh United Malays National Organisation dan perikatannya BN. Maka Mukhriz, anak Tun Dr. Mahathir dilantik sbg Menteri Besar.

3 tahun kemudian, Mukhriz Mahathir ditumbangkan oleh ahli parti sendiri. Maka beliau tukar parti beberapa bulan kemudian.

2 tahun kemudian, United Malays National Organisation dan perikatannya BN di Kedah ditewaskan dlm PRU14. Malangnya PAS tidak cukup nombor untuk ambil alih kuasa pentadbiran negeri. Maka Mukhriz Mahathir buat kali kedua dilantik sbg Menteri Besar. Beliau kali ini bersama dgn perikatan PH.

2 tahun kemudian juga, gelora peralihan kerajaan yg mula bertiup dari Putrajaya sampai ke Kedah. Mukhriz Mahathir sekali lagi ditumbangkan oleh bekas ahli perikatannya. Susulan itu, PAS Kedah yg kini bersama dgn United Malays National Organisation dan penyokongnya pegang semula kuasa pentadbiran negeri 7 tahun selepas PRU13.

Sejarah betul2 berulang.

17/5/2020
2.50pm

Ulasan

Catatan Popular