16/9/2021
Sempena Hari Malaysia 🇲🇾 , dengan sukacitanya saya ingin mengesyorkan buku ini bagi sesiapa yang berminat mengetahui konsep etnik Melayu dengan lebih melanjut. Walaupun ia bersifat ilmiah, tapi ia boleh membantu kita memahami asal usul identiti Melayu (dari nama sungai ke nama kumpulan etnik dan bangsa). Ia juga beritahu kita sejarah konsep kedatuan alam Melayu yang telah mengalami evolusi ke kerajaan sultan (yang membawa erti keperintahan sultan di sesebuah kawasan tertentu) serta konsep kerajaan moden (yang berlandaskan idea nasionalisme Melayu dan pentadbiran oleh rakyat untuk rakyat).
16/9/2021
7.20pm
Ulasan
Catat Ulasan