PRN JOHOR
Dalam tempoh 1 tahun setengah ini sejak Julai 2020, Johor negeri keempat yang mengadakan Pilihan Raya Negeri selepas Sabah, Melaka dan Sarawak.
Memandangkan Perhimpunan Agung Umum (PAU) United Malays National Organisation (UMNO) dan pilihan parti DAP jatuh pada 16 dan 20 Mac masing2, maka 12 Mac merupakan hari yang sesuai dijadikan sebagai hari pengundian. Hari berkenaan juga menentukan sama ada UMNO akan mengikut telunjuk geng Najib-Zahid untuk menekan Ismail Sabri untuk mempercepat PRU15. Tambahan pula, Johor merupakan kubu tradisi UMNO. Sekiranya ia bangkit semula daripada pengalaman pahit PRU14, memang pasti gelombang kejayaannya akan menggeruni pembangkang termasuk Pakatan Harapan, Pejuang, MUDA, Parti Bangsa Malaysia, serta seteru rapatnya, iaitu PPBM. Saya juga yakin Muafakat Nasional terkubur begitu sahaja selepas ini.
Kawasan DUN di selatan Johor, terutamanya zon Johor Bahru raya
Taburan sempadan DUN di pusat bandar Batu Pahat
Kampung Baru Sri Lalang dan taman2 sekelilingnya yang terletak di sekitar sempadan kawasan DUN Mengkibol dan Yong Peng. Kedudukan sedemikian tidak mengejutkan kerana ia betul2 berada di sempadan daerah Kluang dan Batu Pahat, serta sempadan PBT (Majlis Perbandaran Kluang, Majlis Daerah Yong Peng).
14/2/2022
10.46 pm
Ulasan
Catat Ulasan