PRN MELAKA 2026
DUN Melaka telah dibubarkan pada bulan September lalu. Tarikh pengundian pula pada 14 November kelak.
Saya berjangka bahawa PRN Melaka yg bakal dilangsungkan bakal menjadi pentas dan peluang yg terbaik buat Akmal Saleh. Beliau Ketua Pemuda United Malays National Organisation (UMNO) (serta bekas ADUN Merlimau merangkumi EXCO negeri) yang kerap bersuara lantang, rajin turun padang, serta menyatakan tampalan media sosial yg sensasi tapi mencuit perhatian orang ramai, terutamanya kaum pengundi Melayu yg mendahagai pelindung hak dan maruah bangsa Melayu, dari kontroversi stoking kalimah Allah, sehingga isu bendera Malaysia, malah agenda Perpaduan Ummah, begitulah beliau bersuara lantang. Pada masa yang sama, beliau juga dianggap sebagai seorang populis yg mulut celupar dan agresif dalam retorik perkauman oleh sesebahagian orang ramai. Namun begitu, beliau tetap meraih reputasi yg lebih kurang sama tinggi dgn Onn Hafiz (Menteri Besar Johor) berbanding dgn Ahmad Zahid (Presiden UMNO).
PRN Melaka ini juga menjadi satu lagi pentas kerjasama antara UMNO dan PAS selepas PRN Negeri Sembilan. Ya, Perikatan Nasional masih mengalami kesengketaan walaupun pembatalan pendaftarannya digantung buat seketika, maka PAS dijangka memilih untuk menjalin kerjasama tersebut dengan UMNO atas nama Perpaduan Ummah untuk mengalahkan PH Melaka serta menyertai pentadbiran negeri. Kerjasama ini juga membuka peluang keemasan bagi PAS dan Wawasan (rakan politiknya yang ditubuhkan oleh ahli2 serpihan Bersatu) untuk mendalami jentera pentadbiran di sebelah selatan Semenanjung selain mengukuhkan kekuatan sedia ada di negeri2 SG4. Keuntungan jenama PAS yang kelihatan lebih berdisiplin, kurang terpalit isu rasuah secara langsung, berteraskan integriti keagamaan berbanding dengan UMNO yang masih terpalit dengan imej rasuah menyebabkan PAS mempunyai kelebihan untuk merendahkan diri di hadapan UMNO tapi menerobosi kubu tradisional Melayu secara diam-diam.
2/11/26
1.23am

Comments
Post a Comment