PENDAPATKU SELEPAS MENONTON FILEM '2012'
Pada 30 Disember 2012 M, pada pukul
10.30 malam sehingga 1 pagi, saya menonton filem '2012' menerusi saluran televisyen tv2. Filem ini
sangat hebat, kerana ia ada banyak babak gempa bumi yang menghumban daratan
persisiran laut, peralihan kerak-kerak bumi yang mengalihkan kutub-kutub Bumi,
tsunami dan letusan gunung berapi raya. Jangan lupa, kalau anda menonton
dengan sebaik-baiknya, filem ini juga mempaparkan watak-watak yang berusaha
menyelamatkan diri sendiri, keluarga dan umat manusia dengan apa-apa kaedah
yang seboleh mungkin. Daripada filem itu, saya mendapat mesej-mesej yang
terkandung dalamnya ialah cara-cara manusia menghadapi harungan sama ada daripada
bencana alam atau krisis kemanusiaan. Misalnya, jika saya tidak silap ingat,
semasa bahtera hendak menutup pintu masuknya, pengarah(?) memutuskan keputusan
untuk terus melepas tanpa membenarkan orang-orang yang ‘desperate’ hendak
menaik bahtera itu. Namun, keputusan ini dipertikaikan oleh seorang sahabat
yang kawannya bakal menghadapi bencana tsunami mega yang tidak dijemput masuk
ke bahtera. Selepas mereka bertelingkar akan keputusan itu, ramai wakil negara
bersetuju untuk mengizinkan orang-orang menaik bahtera menyelamatkan mereka
sendiri daripada bencana. Walaupun terdapat masalah teknikal semasa pintu
ditutup, namun dengan adanya usaha dan kegigihan beberapa watak, akhirnya pintu
dapat ditutup sepenuhnya dan melepas.
Tidak tahu
kenapa ada ramai orang percaya akan ramalan kiamat yang ditonjolkan oleh filem
‘2012’ umpama ia akan menjadi kenyataan yang dahsyat sekali. Pada sekitar 2010,
setahun selepas filem tersebut ditayangkan, ada kawan mengutarakan soalan di
laman sesawang sosial yang bertanya suasana pada 21 Disember 2012 kelak. Malah
ada orang juga bikin struktur-struktur aneh dan menyembunyikan diri sendiri di
sesuatu tempat demi menyelamatkan diri daripada 'bencana kiamat' itu.... Pelik,
kan? Pada 19 Disember 2012 lalu, ada beberapa kawan seuniversiti saya bertulis
‘Kami pernah berkunjung ke sini sebelum dunia ini berakhir’ di atas foto gambar
mereka pula sewaktu mereka mengunjungi sesebuah kedai makanan di bandar
berdekatan universiti saya. Bukan itu sahaja, bapa saya pun menasihati saya
supaya membeli bekalan kering kerana ada kemungkinan tiga hati berturut-turut
selepas 21 Disember 2012 tiada siang ‘kononnya’... Di samping itu, semasa detik
masa kian menghampiri bulan Disember, pihak NASA mengeluarkan pernyataan bahawa
tiada bencana kiamat berlaku pada 21 Disember 2012 dan bumi terus selamat
melangsungkan peranannya sebagai perumah tamadun manusia. Aduhai...
Walaupun
babak-babak malapetaka kiamat dalam filem ‘2012’ sangat menghiburkan,
mencetuskan sensasi pancaindera serta suspen, namun ia hanya suatu latar
belakang yang mengangkat jalan cerita filem itu saja, bukan mesej-mesej yang
diuar-uarkan oleh sesiapa yang percaya akan ramalan 21 Disember 2012 sebagai
hari kiamat. Saya pun tak tahu kenapa ada orang sanggup mempercayai hari kiamat
secara bulat-bulatnya tanpa merujuk kepada pakar ilmu falak/ astronomi yang
profesional... Lagipun filem ‘2012’ ini hanya rekaan cerita sains fisyen yang
berpaksikan kalendar Maya yang mennyatakan tamatnya satu era pada 21 Disember
2012 M dan bermulanya era baharu pada hari keesokannya, kan? Jikalau teori
kiamat ini kenyataan, kita sepatutnya sudah dimaklumkan seawal-awalnya semasa
bangku tadika atau sekolah rendah, kan? Kami sebenarnya tidak dimaklumkan akan
hal ini sehingga timbulnya khabar angin atau ramalan kiamat selepas tayangan
filem ini pada hujung tahun 2009. Nampaknya bukan segala filem Barat boleh
diterima sebulat-bulatnya oleh masyarakat Timur, kerana sesebahagian jalan
cerita diselubungi unsur-unsur tidak sihat seperti kurafat dan kepercayaan yang
tidak logik.
Daripada sering meramalkan hari kiamat
bumi/ dunia kita, lebih baik buat banyak perkara baik dan memperbetulkan
perilaku sendiri sebelum ketibaan hari kiamat diri sendiri. Lagipun, daripada
fenomena ramalan kiamat yang akhirnya terpadam sesudah kita melangkah ke 22, 23
dan 24 Disember 2012, kita perlu berfikiran waras, logik dan rasional semas
menganalisis segala ramalan yang kelihatannya sangat fanstatik.Saya juga rasa
kita perlu mengambil iktibar daripada filem dan apa-apa bentuk hiburan, tak
kiralah ia produksi Barat, Hong Kong atau Thailand, selain hanya menghiburkan
diri sendiri dengan menontonnya, supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan
baik dan rasional.
Ulasan
Catat Ulasan