SUDAH 4 TAHUN...
Pada
awal tahun 2009, sanubari saya pernah diganggu oleh sebuah peristiwa pergolakan
politik negeri. Peristiwa ini berlaku di negeri kelahiran saya-Perak. Di sini,
izinkan saya ceritakan kisah itu.
Tanggal 8hb Mac 2008, Pilihan Raya Umum ke-12
berlangsung di seluruh negara Malaysia, kecuali di Sarawak di mana pilihan raya
negeri telah dijalankan pada tahun 2006. Pada masa itu, dalam arena pilihan
raya yang seiring dengan aruhan anti-parti pemerintah, ada empat negeri
dimenangi oleh parti-parti bukan komponen perikatan Barisan Nasional (BN).
Negeri-negeri tersebut adalah Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Negeri
Kelantan yang ditadbir oleh parti PAS semenjak tahun 1990 gagal ditawan oleh
BN. Ketiga-tiga parti bukan komponen BN yang berjaya menawan kelima-lima DUN
negeri tersebut, Parti Tindakan Demokrasi (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dan Pari Se-Islam Malaysia (PAS), kemudian menubuhkan perikatan politik
alternatif baharu yang bernama (secara tidak rasmi) Pakatan Rakyat (PR).
Pada tahun tersebut, saya seorang remaja
merangkumi pelajar biasa yang belajar Tingkatan Empat di sekolah menengah. Saya
baru bermula peka akan isu-isu semasa negara. Selepas saya banyak menerima
maklumat dan informasi yang berkaitan dengan PR, saya bermula menaruh keyakinan
terhadap perikatan politik ini. Walaupun negeri Kelantan telah ditadbir oleh
PAS semenjak tahun 1990, namun begitu, oleh sebab negeri Perak dan 3 negeri
lain lebih awal ditadbir oleh pasukan pemerintahan baharu berbanding dengan 8
negeri lain yang ditadbir oleh BN, suasana segar yang tidak pernah dirasai
sebelumnya semakin menonjolkan, jadi saya semakin bangga akan identiti sendiri
selaku warga Perak dan warga Ipoh. Saya juga amat bangga terhadap Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Jelapang yang pada masa itu (2008) belum undur parti dan
memihakkan perikatan politik bertentangan [hal ini kerana rumah saya terletak
di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang]. Saya ingin menyuarakan suara
hatiku ‘Saya bangga akan orang Perak!’ semasa saya bersama kawan-kawan
se-sekolah melawat negeri lain.
Walau bagaimanapun, perubahan baharu yang baru
berbunga ini fana; pada permulaan tahun 2009, sesuatu ‘badai’ politik kian
membentuk di negeriku tanpa diketahui oleh siapa-siapa. Saya masih ingat pada
tanggal 30hb Januari 2009, malam hari kelima Tahun Baharu Cina, PR selaku
kerajaan negeri Perak pertama sekali menganjurkan pesta Tahun Baharu Cina
bersama rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Aktiviti itu dijalankan di
Padang Ipoh di pusat bandar raya Ipoh. Saya masih ingat pada pesta itu,
terdapat ramai orang khalayak berhimpun di sana, amat riuh-rendah! Pada masa
itu, penyanyi watan yang bermasyhur dalam industri muzik Mandarin, Michael Wong
(beliau juga anak jati Ipoh!) turut buat persembahan menyanyi! Di samping itu, seluruh
wakil rakyat PR Perak, daripada ahli Parlimen dan DUN biasa, ahli mesyuarat
eksekutif negeri (EXCO) dan Menteri Besar yang biasanya sibuk akan urusan
pentadbiran, turut hadir di aktiviti tersebut untuk memeriahkan sambutan
perayaan bersama rakyat. Namun, berdasarkan berita media yang melaporkan
aktiviti itu, terdapat seorang ADUN saja tidak hadir di aktiviti tersebut.
Semua media berteka-teka identiti orang itu...
Tidak lama kemudian, ‘badai’ politik dibentuk
secara diam-diam. Saya masih ingat beberapa hari kemudian selepas pesta Tahun
Baharu Cina tersebut, berbagai media ada melaporkan berita bahawa dua tiga
orang ADUN undur parti dan tiba-tiba ‘dihilangkan’! Ia berita menggemparkan
buat warga Perak!
Badai politik negeri akhirnya melanda pada 4hb
Februari 2009... Saya masih ingat pada hari itu, pada kira-kira pukul 3 petang
lebih, saya sedang menonton rancangan televisyen di ruang tamu. Apabila saya
menukarkan saluran televisyen ke TV1, saya dimaklumkan oleh rancangan berita
semasa dari saluran itu bahawa ada sesuatu pengumuman penting bakal
diudarakan... Saya hairan. Lantaran itu saya terus menonton rancangan tersebut.
Daripada kaca televisyen, kelihatan paparan berita yang sedang disiarkan dari
Putrajaya secara langsung.
Paparan seterusnya memaparkan timbalan Perdana
Menteri ketika itu, Dato’ Seri Najib Tun Razak, dan beberapa orang wakil rakyat
BN berdiri bersama untuk membuat sidang media. Seterusnya, beliau mengumumkan
pengumuman yang berikut: BN memperoleh mandat pemerintahan negeri Perak semula
daripada pembangkang (PR) dengan majoriti kerusi mudah! Hal ini kerana selepas
28 kerusi DUN BN Perak yang sedia ada ditambah dengan 3 kerusi ADUN pro-BN, 3
kerusi lebih daripada jumlah kerusi yang disandang ADUN PR Perak. Para wakil
rakyat BN yang hadir bersama di sidang media tersebut menepuk tangan menyambut
baik. Hari itu merupakan hari ke-10 Tahun Baharu Cina, hari yang masih dalam
tempoh perayaan itu.
Semasa saya menonton apa-apa yang dipaparkan di
kaca televisyen, saya ternampak ada 3 orang ADUN bekas PR berdiri di belakang
Dato’Seri Najib! Lagi memperanjatkan ialah, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, juga
hadir dan berdiri di belakang beliau bersama wakil rakyat BN, tidak menyuarakan
apa-apa! Rupa-rupanya ketiga-tiga orang tersebut bukan ‘dihilangkan’ seperti
diuar-uarkan di kalangan masyarakat Perak, tetapi ‘dibawakan’ ke Putrajaya
untuk ‘menjayakan’ tindakan mengambil alih tampuk pemerintahan negeri! Saya
langsung tidak percaya bahawa beliau, yang telah memenangi kerusi DUN Jelapang
sejak tahun 2004, lazimnya berkhidmat dengan rakyat secara bersungguh-sungguh,
sekarang berada di sana dan memihakkan perikatan politik bertentangan!
Aduhai...
Pada saat itu, krisis politik negeri yang tidak
pernah berlaku di Malaysia Barat sejak 51 tahun setengah lalu, tercetus pada
awal tahun baharu, tercetus di negeri Perak... Ramai orang, termasuk saya,
menganggap perampasan mandat pemerintahan tersebut sesuatu tingkah laku yang
menindaskan prinsip demokrasi. Di mana-mana lokasi di negeri ini kemudian
munculnya suara bantah, geram dan pemohonan untuk membubarkan DUN Perak dengan
segera. Saya pernah mendapati dari surat khabar bahawa pada malam 4hb Februari
tersebut, ramai orang berhimpun di astana Menteri Besar yang berdekatan dengan
Bangunan beli-belah ‘Ipoh Parade’. Mereka berbuat demikian untuk menyuarakan
sokongan terhadap Dato’ Seri Mohd. Nizar, mantan Menteri Besar, dan juga untuk
berdoa sesama supaya kerajaan PR dapat mengharungi cabaran besar tersebut. Saya
juga masih ingat bahawa pada sekitar hari sebelum Cap Goh Mei (hari ke-15
perayaan Tahun Baharu Cina), pesta sambutan Tahun Baharu Cina diadakan di
SMJK(C) Yuk Choy. Semasa aktiviti dilangsungkan, ada beberapa orang berkumpul
di depan sekolah itu untuk membantah tingkah laku perampasan mandat
pemerintahan. Maka di sanalah kelihatan sesuatu benda yang tidak wajar hadir
semasa tempoh perayaan tersebut- tugu belasungkawa!
Saya tidak menyalahhkan mereka, kerana saya
faham akan mereka yang mengangkat tugu belasungkawa untuk menandakan ‘pemergian
demokrasi’. Namun begitu, amat dukacita di dalam sanubariku! Dengan itulah,
suasana gembira yang sepatutnya melingkari bumi tanah air kita dilenyapkan oleh
badai krisis politik, tidak kelihatan suasana riang-riah lagi...
Walau bagaimanapun, yang paling menyakitkan hati
bukan perampasan mandat pemerintahan itu, bukan ‘persidangan DUN luar biasa’ di
bawah pokok pada 3hb Mac. Yang menyakitkan hati adalah persidangan DUN pada 7hb
Mei! Persidangan DUN itu digelar sebagai persidangan yang paling kacau-bilau
dalam sejarah Malaysia, kerana ia dicemari oleh kekecohan ala anarki serta
perbalahan lisan dan fizikal, tiada suasana demokrasi yang sepatutnya
ditunjangkan selama itu! Kekecohan ini lebih dahsyat daripada yang kadang-kala berlaku
di Dewan Perundangan di Taiwan! Pada hari yang sama, persiaran besar di luar
Bangunan Darul Ridzuan selaku tempat Persidangan DUN dijalankan, terdapat
banyak orang polis dan pihak berkuasa memberkas beberapa orang termasuk wakil
rakyat. Trafik di sekitar kawasan tersebut (Jalan Panglima Wahab Bukit Gantang)
turut menjadi sesak akibat penutupan jalan tersebut. Tempat berlakunya
kekecohan itu hanya terletak tidak jauh dari SJK/SMJK Poi Lam. Beberapa minit
sahaja diperlukan untuk pergi ke sana. Kesian buat warga Perak...
Dari peristiwa tersebut, BN menegaskan pendirian
bahawa mandat pemerintahan negeri diambil alih dengan sah, tidak melanggar
apa-apa undang-undang dan peruntukan perlembagaan negeri; PR pula menegaskan
pendirian bahawa perampasan mandat pemerintahan ini merupakan sesuatu perbuatan
yang menjijikkan lagi menghina prinsip demokrasi. BN dan PR memegang 28 kerusi
DUN masing-masing, jadi bagi perikatan PR, pemilihan DUN semula wajar
dijalankan. Kedua-dua pihak semakin hari semakin kerap menyalahkan pihak
bertentangan, membuat dakwaan mahkamah, menyatakan pendapat dan respon
masing-masing serta macam-macam lagi. Saya rasa mereka tidak tahu cara terbaik
untuk menyelesaikan konflik ini...
Krisis politik negeri ini akhirnya tamat pada
Jun 2010. Hal ini kerana ada seorang ADUN lagi undur parti dan memihakkan BN!
Oleh itu, jumlah kerusi BN dan PR dalam DUN Perak sekarang menjadi 28 dan 27
kerusi masing-masing; 4 kerusi lain adalah pegangan ADUN pro-BN. Namun begitu,
kancah krisis ini belum dirungkai sepenuhnya...
Bagi saya, untuk menyelesaikan krisis institusi
politik Perak ini, lebih baik DUN yang sedia ada sekarang dibubarkan dan
pemilihan ADUN dijalankan semula untuk menentukan pihak perikatan politikyang
layak membentuk kerajaan baharu. Kalau mereka hanya bertelingkah dalam lubuk
masalah itu, macam mana orang ramai, khususnya pelajar, menjana tanggapan baik
terhadap persada politik watan?
Selepas beberapa peristiwa yang berkaitan dengan
krisis politik negeri 2009, saya amat sedih akan rakyat jelata, terutamanya
yang lahir dan membesar di Perak. Kadang-kala saya amat malu dan kurang bangga
akan identiti warga Perak sendiri. Oleh itu, pendirian politik saya kian unjur
ke PR. Sampai hari ini, walaupun betapa baik dan berjasa BN dalam pentadbiran
negeri ini, namun saya masih yakin akan PR sebagai perikatan politik yang
terbaik sekali. Saya juga menaruh harapan agar PR dapat memenangi DUN Perak
semula dalam pilihan raya umum ke-13 yang bakal dilangsungkan kelak, supaya
memulihkan semangat demokrasi. Jika anda tanya saya masa sembuhnya luka hatiku,
saya akan jawab sedemikian,’hari pengembalian demokrasi di arena politik Perak
adalah hari sembuhnya luka hatiku.'
Akhir sekali, sebelum karangan saya ditamatkan
dengan tanda noktah, saya ingin berkongsi tentang petikan yang dipetik daripada
sebuah makalah daripada akhbar ‘Sin Chew Jit Poh’. Ia sangat bermakna dan
sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran untuk semua pihak.
‘Apakah pengajaran dibawakan daripada krisis
politik Perak kepada rakyat jelata?
1. Politik
boleh bermain-main, menarik sangat
2.
Impak katak politik tidak boleh dipandang remeh
3.
Pengejaran akan kuasa adalah penggerak kuat dalam arena politik
4.
Ada babak yang lebih menarik akan datang dalam pilihan raya nanti’
[Sumber petikan: Tay Ting Yan, 14 Mei 2009. Soalan
ujian Perak (bersambung) dari Sin Chew Jit Poh]
Ulasan
Catat Ulasan