TAHNIAH KEPADA PELAJAR BAHARU UNIVERSITI!
Kelmarin, 11 Julai 2013, kemasukan kursus Ijazah ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi 2013/2014 telah diumumkan.
Bagi Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, ia telah menerima 20 ribu lebih pemohonan daripada lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma dan setarafnya, dan 5337 permohonan berjaya diterima. Memandangkan USM ada 3 kampus di Pulau Pinang, Nibong Tebal dan Kubang Kerian, jadi 3790 orang pelajar baharu akan ditempatkan di kampus induk di Pulau Pinang, 988 orang di kampus Kejuruteraan di Nibong Tebal dan 559 orang di kampus Perubatan di Kubang Kerian. Syabas buat mereka yang akan menjadi mahasiswa/i sesi 2013 /2014 ini!
Secara keseluruhannya, terdapat 57802 permohonan kemasukan IPTA bagi sesi akademik 2013/2014 dan 41573 permohonan berjaya diterima. Di kalangan pemohon permohonan yang berjaya ditempatkan di IPTA masing-masing, 39003 orang, 7913 orang, 1824 orang dan933 orang adalah daripada kaum Bumiputera, Tionghua, India dan etnik lain masing-masing. Selain itu, jumlah pemohon jaya tersebut yang berjantina perempuan mencatat 39352 orang atau 68.1%. Jumlah ini lebih banyak daripada pemohon jaya yang merupakan golongan lelaki yang hanya 18450 orang atau 31.9%. Di samping itu, oleh sebab terdapat beberapa kursus tergolong sebagai pilihan terhangat atau terpopular, jadi ada pemohon kursus berjaya dan ada yang gagal mendapatkannya. Kursus-kursus seperti kursus perubatan, kegigian, farmasi, undang-undang dan perakaunan kelihatan dianggap sebagai kursus terhangat.
Bagi nisbah kursus Sains dengan kursus Sastera, jumlah pemohon jaya yang ditempatkan ke kursus sains mencatat 24489 orang, manakala jumlah yang ditempatkan ke kursus sastera pula mencatat 17084 orang. Kedua-dua golongan pelajar/ pemohon jaya menduduki 58.9% dan 41.4% masing-masing daripada keseluruhan jumlah tersebut.
Baiklah, saya mengucapkan tahniah kepada pemohon yang berjaya ditempatkan ke kursus. Saya turut menyampaikan nasihat kepada semua penuntut IPTA yang akan melangkah ke kembara ilmu mulai September 2013 kelak usah memberi tekanan atau stress yang terlalu banyak kepada diri sendiri, dan juga perlu berusaha untuk menjayakan pengajian kursus masing-masing. Untuk pemohon yang gagal ditempatkan ke kursus IPTA, anda boleh membuat permohonan rayuan kepada pihak UPU dalam tempoh tertentu. Kuharap kemasukan penuntut baharu ke dalam IPTA sesi 2013/2014 ini betul-betul merupakan hasil meritokrasi yang diutamakan oleh Kementerian Pendidikan. Kuharap juga pelajar yang memperoleh kelayakan akademik dan kokurikulum yang terbilang akan dapat jawapan/ balasan yang setarafnya, bukan yang cincai punya.
Sumber data angka: Sin Chew Jit Poh dan khabar lain pada 12 Julai 2013.

13 Julai 2013
7.30 pm
Ulasan
Catat Ulasan