3/9/2013, SELASA

Semalam, Perdana Menteri kita mengumumkan bahawa harga minyak petrol akan dinaikkan sebanyak 20sen mulai tengah malam 3 September 2013! Jangan sangka 20sen ini kecilnya amaun, ia mampu mempengaruhi macam-macam penawaran harga di mana-mana sektor ekonomi... Malam semalam kelihatan sangat banyak kenderaan pergi mengisi minyak sebelum penyelarasan harga minyak petrol itu dilaksanakan.

Saya teringat satu jenaka yang ditampalkan oleh salah satu warga laman sesawang lalu. Ia menggambarkan geram rakyat yang menyaksikan kos hidup yang semakin tidak mampu menyara kehidupan masing-masing.

"15 tahun lalu, Anwar Ibrahim dipecat; 15 tahun kemudian, minyak petrol naik..."

Maka, saya ingin mengucapkan syabas kepada kerajaan 47% yang dipilih oleh pengundi-pengundi pada PRU lalu... Terima kasih ya ... Kurasa nak mengucapkan jenaka tersebut sebanyak beberapa kali kepada kawan sayalah~~~

~LOL yang bercampur baur pulak ini...

(Jenaka bersahaja bah... Jangan marah ye...)

Sumber berita: Akhirnya Minyak Naik 20 Sen. Cukai Baru Selepas Ini?

Ulasan

Catatan Popular