FIKRAH MANUSIA BIASA DI ALAM MANUSIA BUMI
Kadang kala, manusia biasa semacam orang buta yang ingin mengetahui gajah; mereka sentuh salah satu bahagian gajah dan menyamakannya dengan erti gajah. Sedangkan gajah melambangkan ilmu, hukum dan prinsip duniawi yang jati, benar lagi abadi; ia merangkumi berbagai bahagian dari kecil hingga besar. Mereka yang tidak tahu kemahiran mentafsir itu akan bertelingkah, malah jahil terhadap 'gajah' tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat sedikit daripada kalangan manusia mampu mengumpulkan semua maklumat dan menyimpulkannya. Merekalah juga mampu menunjukkan cara baik bagi memastikan generasi manusia dapat mengetahui 'gajah' atau ilmu secara teliti dan jelas. Tuntasnya, ilmu dan hukum benar dan jitu wajar diikuti oleh semua, bukan tokoh yang mempelopori kesedaran ilmu.
21/6/2014
8.55 pm
Ulasan
Catat Ulasan