23/3/2015

Dewasa ini, banyak isu timbul. Ada yang berkaitan dengan ekonomi dan rakyat, ada yang hanya bersifat sandiwara politik yang sangat licik dilakukan. Sekejap lagi Hudud ala PAS, sekejap lagi pasal cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sekejap lagi pasal arus tentang dalam parti UMNO..... Ada juga isu yang berkisah betapa borosnya pembelanjaan secara mewah dalam harta-harta peribadi VIP...

Secara ringkas, kalau kerajaan tidak mampu menangani isu-isu ekonomi dan kemelut perundangna nasional, entahlah tanah air ini akan pergi ke mana... Kalau sesuatu kelompok (puak 'Unity Government' dalam PAS serta puak konservatif di UMNO terutamanya) masih nak memperalatkan agama demi niat politik yang sangat jahat, masih nak memperbodoh kita orang, usahlah kita mengikut rentak retorik mereka. Kita wajib mengetahui susur galur rancangan jahat yang berkenaan.

P/S: masih ada seminggu lebih untuk menyambut era GST di Malaysia.......

23/3/2015
11.01 pm

Ulasan

Catatan Popular