ISIS/DAESH VS. UMAT MANUSIA

Aku rasa tragedi serangan keganasan yg berlaku pada malam 13 November 2015 di kotaraya Paris telah membawa suatu mesej yang sangat jelas:

Perang Dunia Ketiga tidak jauh lagi,

kerana....

suatu perang maha besar akan tercetus antara ISIS/Daesh dan konconya dengan SEMUA UMAT MANUSIA (diwakili oleh seseorang atau sekumpulan yang biasanya pergi makan malam di restoran, peminat bola sepak yang ingin menyaksikan suatu pertandingan di stadium, wartawan yang datang untuk melaporkan berita terkini, atau penumpang yang sedang berada di kapal terbang untuk menuju destinasi tertentu)....

Jadi, kita wajib berwaspada akan ancaman keganasan ini di mana-mana tempat; kita perlu sedar juga bahawa dunia kini memasuki era gelombang keganasan global 2.0 yang sedang dan akan diterajui oleh ISIS/Daesh dan konconya (versi pertama bermula oleh Al-Qaeda dan Osama bin Laden)....

14/11/2015
7.12pm

Ulasan

Catatan Popular