18/8/2016- MAKNA MERDEKA

Negara baharu yg mempunyai berbilang-bilang kaum sepatutnya wajib ada semangat bangsa negara slps bebas/berdikari/merdeka drpd penjajahan supaya bibit2 perkauman tidak wujud dari asasnya.

Jikalau negara itu masih menghadapi masalah perselisihan secara mendalam dlm pembinaan bangsa negara, maka ia akan mustahil menunaikan tujuan asal kemerdekaannya. Cuba fikirkan, ada bezakah antara negara baharu yg bermasalah perkauman dgn bekas tanah jajahan yg ditindaskan dgn sistem 'pisah dan perintah'? Jika ia tidak berbeza, maka bekas penjajah akan sangat gembira dan terkenang akan 'legasi' penjajahannya, dan tidak merasakan bhw keputusan memerdekaan tanah jajahan berkenaan adalah betul dan sejajar dgn inspirasi 'self-determination'.

Bah, Persekutuan Tanah Melayu a.k.a. Malaya tlh merdeka drpd penjajahan British sejak 31 Ogos 1957. Adakah negara baharu yg berbilang kaum dan memilih landasan 'kerjasama antara kaum' tlh berjaya membuktikan kpd bekas penjajah dan seluruh rakyat bhw kemerdekaan ini betul2 membawa perbezaan ketara yg blh membezakan antara keadaan pra-kemerdekaan dan zaman pasca-kemerdekaan?

18/8/2016
1.13 pm

Ulasan

Catatan Popular