27/8/2016- 40 TAHUN TELAH BERLALU

Hari ini pada 40 tahun lalu, berlakunya suatu perubahan identiti Malaysia. Ia merupakan perubahan yg sangat mendadak sehinggalah identiti berkenaan boleh dikatakan sebagai 'telah diolah secara tuntasnya'.

Pada zaman dahulu (1990 sehingga 2000-an), kita sebagai generasi muda diajar, atau didoktrinasikan, bahawa Malaysia adalah sama seperti yg ditubuhkan sejak 1963 dan ia terdiri drpd 13 negeri daripada Perlis ke Sabah.

Namun begitu, disebabkan kehadiran maklumat yg dpt diperolehi drpd laman2 sesawang dan sumber2 bersejarah yg sahih, maka kita mulai mengetahui bahawa Malaysia yg kita kenali merupakan Malaya yg sedang bertopengkan Malaysia. Hal ini kerana Sabah dan Sarawak yg sepatutnya berstatus rakan berkongsi bersama Malaya, ataupun komponen wilayah kedua dan ketiga dlm Persekutuan berkenaan, telah diturunkan statusnya sebagai negeri ke-12 dan ke-13 mulai 27 Ogos 1976. Ia betul2 membelakangi inspirasi pembentukan Malaysia serta menjejaskan jati diri Malaysia sebagai Persekutuan antara ketiga-tiga rakan berkongsi.

Malaysia yg betul2 berstatus persekutuan antara negara hanya berlangsung selama hampir 13 tahun. Ia tamat secara senyap-senyap pada 27 Ogos 1976, beberapa hari lagi sebelum ulang tahun pembentukan Malaysia pada tahun tersebut. Semenjak tarikh itu, pelanggaran syarat penubuhan Persekutuan berlaku secara besar-besaran dgn menerusi Dasar Kabotaj dan Projek IC; impaknya masih melanjut sehingga ke hari ini.

Namun begitu, memandangkan kita sebagai generasi muda semakin sedar akan punca kekecohan identiti Malaysia ini, jadi kita perlu membetulkan situasi berkenaan sebanyak mungkin. Yg mampu berubah keadaan ini perlu buat sesuatu yg membina supaya dpt mengembalikan identiti dan inspirasi pembentukan Malaysia yg betul2 seiring dgn peruntukan Perjanjian Malaysia 1963. Fakta2 sejarah yg lama disembunyikan secara sengaja oleh sesetengah pihak wajib diedarkan di kalangan warga Malaya, Sabah dan Sarawak supaya tidak akan diperbodoh oleh doktrinasi cerita auta.

27/8/2016

Ulasan

Catatan Popular