21/10/2016
Sejak 26 Mei lalu, semua orang terperanjat. Hal ini kerana kita dimaklumkan bahawa Hadi Awang, ahli parlimen Marang, telah mengajukan (dan menarik balik) usul peribadi yg berkaitan dengan sistem kehakiman Syariah. Ramai orang kata usul berkenaan amat berkaitan dgn pelaksanaan kanun hukuman (penal code) Hudud di Kelantan dan Terengganu. Semua orang kecoh, bising dan membuat macam2 kenyataan. Malah ada sesetengah pihak mula gaduh antara satu sama lain sampai tahap menafikan kepercayaan orang yg berpendapat lain. Pada masa yg sama, ada juga ahli akademik dan pakar perundangan memberi pendiriannya dgn bersertakan analisis dan huraian yg mudah difahami oleh sesiapa yg sudi mengambil tahu.
Ya, hujah2 yg bersalutkan kata2 retorik dan fakta saya banyak baca dan mengetahui. Namun begitu, saya tertarik akan pendapat yg dikemukakan oleh Rafizi Ramli, ahli parlimen Pandan. Ia berkaitan dgn proses usul peribadi Hadi Awang diuruskan dlm sesi persidangan parlimen. Walau bagaimanapun, saya akhirnya sedar bhw RUU 355 sepatutnya dinyatakan sebagai UCRUU 355 (singkatan bagi Usul Cadangan Rang Undang-undang) kerana rang peribadi yg dikemukakan oleh wakil rakyat pembangkang wajib melalui prosedur tertentu sebelum diwartakan sbg akta baharu.
Pendapat Rafizi Ramli yg mengenai prosedur2 berkenaan blh diakses di halaman ini.
Pendapat Rafizi Ramli yg mengenai prosedur2 berkenaan blh diakses di halaman ini.
21/10/2016
11.39pm
Ulasan
Catat Ulasan