15/2/2018- IKLAN
Walaupun Najib Razak tidak memalu gendang macam 5 tahun
lalu, tapi kita ada Khairy Jamaluddin yang sudi turun padang, masak ikan kukus
di kedai makan biasa, serta beraya bersama orang biasa. Saya lebih suka iklan
beliau macam ini berbanding dengan iklan Najib Razak tersebut, kerana ia
bersifart ringkas dan mesra rakyat tanpa memerlukan suasana riuh-rendah. Tak payah memalu gendang pun boleh menyampaikan mesej indah.
Untuk Teresa Kok pula, kedua2 iklan yang diutarakan pada 5
tahun lalu banyak menyampaikan janji dan harapan baik secara tersurat dan
tersirat yang boleh dicapai oleh perikatan Pakatan Rakyat. Selepas 5 tahun,
beliau mengutarakan iklan di mana semua pelakon iklan berpakaian seragam
sekolah menengah (kecuali seorang wanita yang berlakon sebagai guru)! Wah!
Kenapa mau pakai baju seragam sekolah sedangkan kebanyakannya telah melepasi
usia muda? Sebagai contoh, Teresa yang telah berusia 50-an pakai pinafore sekolah? Pelik bin aneh! Satu lagi, pemilihan ketua kelas setiap 5 tahun??? Ada logikkah? Lagipun suasana dalam iklan
terbaharu ini kelihatan muram dan tiada janji dan harapan yang jelas disampaikan
berbanding dengan iklan beliau pada 5 tahun lalu. Hanya hentam-menghentam seperti biasa. Saya bimbang juga macam mana kalangan
majoriti senyap (silent majority) bertindak balas terhadap adegan dan jalan cerita iklan
terbaharu tersebut.
15/2/2018
11.47 pm
Ulasan
Catat Ulasan