22/4/2018- POLEMIK TERHANGAT
Sejarah Malaysia pada tahun 2013 hingga 2018 akan memperingat kita bahawa perdebatan, penghujahan atau lebih tepatnya polemik hangat tentang Hudud, atau isu pokoknya usul pemindaan Rang Undang-undang 355 yang berlangsung dari Mac 2014, Mac 2015, Jun dan November 2016, sehingga April 2017 adalah sesuatu sandiwara politik yang bertopengkan isu agama dan nasionalisme Muslim. Ia dijelmakan untuk mengekalkan momentum penyokong tegar PAS dan menjustifikasikan motif parti itu untuk tidak bekerjasama/berdamai dengan bekas rakan politik, serta mengalih tumpuan penyokong UMNO yang kian mempersoal masalah kepimpinan parti berkenaan pada masa yang sama. Selain itu, polemik itu juga senjata yang paling tajam untuk memecahbelah keharmonian antara umat Islam dengan bukan Islam, antara Muslim liberal/pragmatik dengan Muslim konservatif/idealistik, serta antara ahli pembangkang sehingga munculnya Gagasan Sejahtera, seturu baharu buat Pakatan Harapan khususnya Parti Amanah Negara (yang digelar sebagai PAN oleh ahli PAS).
22/4/2018
10.47pm
Ulasan
Catat Ulasan