27/9/2018- 認識大馬條約前10年和後10年/ 10 Tahun Mengenali MA63
10年前,沒有西馬政治人物在公開場合討論1963年大馬條約。雖然它在東馬老一輩人民的眼裡依然印象深刻,但它在各大民眾眼中只是個歷史名詞,印在學校和大學課本裡的歷史文件。那時候的西馬民眾只知道1957年8月31號為“馬來西亞獨立日”,不知1963年9月16號這另一個重要日期。雖然聯邦政府把8月17號至9月16號為國慶月,只是他們大事慶祝8月31號大日子,不足以促使大眾同樣重視9月16號。然而,本人還記得有一家電視台在10年前的9月期間有播放關於砂拉越在大馬聯邦裡的45年輝煌歲月的片集。
10年後,越來越多政治人物討論1963年條約。處於社交網絡時代裡,Zainal Ajamain,Lina Soo 等學者兼社運人士走遍東馬解說該條約,也借用了個人網站,社交網站,視頻和另類新聞網站來發表一系列文章。方便傳播資訊之餘,也鼓勵西馬人民逐步認識大馬條約裡的東馬地位和權利。此外,東馬本土自主意識籍砂拉越前首席部長 Adenan Satem (1944-2017) 的領導下醒覺,再由沙巴人民復興黨 (Parti Warisan Sabah) 大力在沙巴政壇和民間宣揚下,如今連西馬政治領袖也把大馬條約納入他們的治國清單。就連2010年始開始標明為大馬日(Hari Malaysia) 也變得重要。最終,當今首相在大馬日慶典晚會裡鄭重宣佈全面貫徹1963年大馬條約,並盡一切努力恢復由該條約保障的沙巴和砂拉越原有的地位和權利。
這十年來東西馬各自經歷了政經變遷。大家也逐漸意識到1963年大馬條約是維持大馬聯邦的不可或缺的法律文件。它同樣是馬來亞,沙巴和砂拉越共同促成的立國誓言。從此以後,大家不能不重視它,也不能不糾正以往關於它的誤解和迷思!
----
10 tahun lalu, tiada seseorang politikus Malaya membincangkan Perjanjian Malaysia 1963 (singkatannya MA63) di tempat khalayak awam selain Parlimen. Walaupun ia masih jelas diingati di kalangan warga Sabah dan Sarawak yang berusia lanjut, namun ia hanya dicatat sebagai dokumen bersejarah sekadarnya dalam buku teks sekolah dan pusat pengajian tinggi. Warga Malaya pada masa itu hanya tahu pasal 31 Ogos 1957 (disingkatkan sebagai 831) sebagai 'Hari Kemerdekaan Malaysia', tapi tidak tahu pasal 16 September 1963 (disingkatkan sebagai 916), satu lagi tanggal hari yang juga bersejarah. Walaupun kerajaan persekutuan di bawah pimpinan Barisan Nasional dahulu telah menetapkan tempoh 17 Ogos sehingga 16 September sebagai bulan kemerdekaan, namun mereka secara besar-besarannya meraikan tanggal 831, tidak cukup untuk memupuk sikap mereka untuk menitikberatkan MA63. Namun begitu, saya masih ingat pada ketika itu ada stesen televisyen yang menyiarkan siri rancangan sempena 45 tahun penyertaan Sarawak dalam Malaysia.
10 tahun kemudian. Keadaan masyarakat berubah. Semakin ramai politikus membicarakan MA63. Berada di zaman kecanggihan jaringan media sosial, aktivis seperti Zainal Ajamain, Lina Soo dan sebagainya menerangkan perihal MA63 di seluruh pelosok Sabah dan Sarawak, serta menyebarkan maklumat berilmiah menerusi laman sesawang peribadi, media sosial, rakaman video dan laman berita alternatif. Selain memudahkan penyebaran maklumat berkenaan, ia juga mendorong warga Malaya untuk mengenali status sebenar Sabah dan Sarawak dan hak2 dalam MA63. Selain itu, dengan kemunculan semangat 'self-empowerment' semula semasa bekas Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem (1944-2017) memimpin kerajaannya, serta diperheboh di arena politik dan di kalangan orang awam oleh Parti Warisan Sabah, kini para politikus Malaya memasukkan MA63 ke dalam senarai pentadbirannya. 916 yang ditetapkan sebagai Hari Malaysia semakin dianggap penting. Akhirnya, semasa malam majlis penyambutan Hari Malaysia, Perdana Menteri kita kini mengumumkan bahawa MA63 akan dikuatkuasa dengan menyeluruh, serta berusaha untuk mengembalikan status dan hak2 Sabah dan Sarawak yang asalnya dijamin dalam MA63.
Dalam tempoh 10 tahun tersebut, perubahan politik, sosioekonomi dan budaya rancak terjelma di kedua2 Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) dan Barat (Malaya). Kita pun semakin sedar bahawa MA63 berperanan sebagai dokumen undang2 (ataupun perjanjian antarabangsa secara khususnya) yang wajib dikuatkuasa dengan adil untuk melestarikan persekutuan Malaysia. Ia juga sumpahan pembinaan negara yang bersama dilafaz oleh Malaya, Sabah dan Sarawak. Selepas ini, kita tidak dapat tidak memandang tinggi terhadapnya, serta tidak dapat tidak mengambil inisiatif untuk memperbetul penyelewengan dalam pemahaman (misconception/misunderstanding) terhadapnya!
原撰於/dikarang pada 27/9/2018, 12.16 am;
修改於/diubahsuai pada 14/10/2018, 12.01 am.

Ulasan
Catat Ulasan