1/12/2018- KRISIS PERAK 2.0?
Pada awal Februari 2009, Perak mengalami perubahan regim tanpa menerusi proses pemilihan ahli dewan undangan negeri (ADUN). Ia terjadi apabila 3 orang ADUN keluar dari Pakatan Rakyat dan mengisytiharkan sokongan mereka berubah kepada Barisan Nasional. Ia menyebabkan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Mohd. Nizar Jamaluddin pada masa itu kehilangan kedudukan majoriti di kalangan ADUN. Kerajaan berkenaan tumbang setelah 11 bulan dibentuk dan mentadbir. Kecoh betul susulan perubahan regim itu.
9 tahun telah berlalu. Kini kerajaan Perak dibentuk oleh Pakatan Harapan (PH) selepas mendapat sokongan majoriti daripada 29 orang ADUN perikatan tersebut dan 2 orang ADUN dari UMNO. Dengan mematuhi persetujuan bersama yang telah dimuktamadkan oleh parti2 kongsi PH, Ahmad Faizal Azumu sebagai pengerusi PH Perak dilantik sebagai Menteri Besar walaupun partinya (PPBM) memenangi 1 kerusi DUN sahaja. Namun begitu, pada minggu lepas terhebohnya 2 berita di mana terdapat rancangan sulit untuk menarik seseorang ADUN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.
Menurut Datuk Saarani Mohamed selaku Pengerusi UMNO Perak serta ADUN Kota Tampan (Lenggong), terdapat seseorang ahli mesyuarat negeri (EXCO) telah menemui beberapa orang ADUN Barisan Nasional untuk mengumpul sokongan bagi menjatuhkan Menteri Besar kini. Selain itu, menurut khabar yang didedahkan oleh Asmuni Awi selaku EXCO Perak, Pengerusi Amanah Perak serta ADUN Manjoi (Tambun), pemimpin UMNO Perak dan orang tengahnya pernah bertemu dengan beliau untuk menawar jawatan Menteri Besar sebaik sahaja beliau keluar dari PH dan mendirikan kerajaan campuran bersama UMNO, PAS dan PPBM. Walau bagaimanapun, pucuk pimpinan kerajaan negeri telah menyatakan sokongan teguh terhadap Menteri Besar kini dan tidak mengendahkan konspirasi perubahan regim tersebut. Pihak pembangkang juga menyatakan bahawa mereka akan tunggu dan menyaksikan perbalahan dalaman di kalangan EXCO dan Menteri Besar melanjut sehingga tercetusnya krisis baharu.
Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak bertahan selama 11 bulan dari Mac 2008 hingga Februari 2009. Diharap kerajaan Pakatan Harapan di negeri Perak yang dibentuk selepas PRU-14 pada Mei lalu terus bertahan dengan melebihi tempoh 11 bulan (pada sekitar bulan April 2019) dan mentadbir sehingga tamatnya tempoh penggal 5 tahun (pada sekitar Julai 2023) atau lebih awalnya. Kita rakyat Perak tidak sanggup berdukacita dan pilu lagi terhadap tercetusnya krisis kerajaan negeri akibat sifat politikus yang tidak komitment dan membina terhadap permuafakatan perikatan kerajaan.
1/12/2018
11.53pm
Ulasan
Catat Ulasan