12/5/2019- ULANG TAHUN YANG PERTAMA

10 Mei 2019, genap satu tahun Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah bersama2 membentuk kerajaan persekutuan secara rasmi. Hari tersebut pada tahun lalu (2018) hari istimewa buat seluruh negara kerana Tun Dr. Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang ketujuh selepas hampir 15 tahun meninggalkan jawatan Perdana Menteri. Untuk negeri Perak pula, 12 Mei 2019 adalah hari ulang tahun pertama pembentukan kerajaan negeri secara rasmi oleh Pakatan Harapan.

Bagi pendapat, pemerhatian dan penilaian saya yang bersifat tidak professional, menteri dan timbalan menteri persekutuan yang terbaik pada setakat ini adalah seperti yang berikut:
1. Anthony Loke Siew Fook
2. Salahuddin Ayub
3. Hannah Yeoh
4. Azmin Ali
5. Dr. Maszlee Malik
6. Lim Guan Eng
7. Liew Vui Keong

Untuk peringkat negeri Perak pula, Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) yang terbaik pada setakat ini adalah:
1. Yong Choo KIong (Paul)
2. Tan Kar Hing
3. Howard Lee Chuan How
4. Mohd Nizar Jamaluddin

12/5/2019
11.09 pm

Ulasan

Catatan Popular