RENUNGAN UNTUK BULAN OGOS 2019 (BAHAGIAN 1/2)

1. Bulan Ogos bermula dengan polemik seni khat dan tulisan Jawi. Ia berkaitan dgn dasar kementerian pendidikan yg memasukkan seni khat sbg salah satu aktiviti dlm segmen seni bahasa dlm mata pelajaran bahasa Melayu tahun 4 di kedua2 Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) mulai tahun 2020. Tujuan itu adalah memberi peluang untuk pelajar dalam sekolah berkenaan untuk mengenali tulisan Jawi menerusi seni khat sbg warisan bahasa kebangsaan. Ia peluang baharu bagi membolehkan tulisan Jawi muncul secara rasmi di subjek itu selain dlm subjek Pendidikan Islam menerusi J-Qaf.

Pada awalnya ada beberapa wakil rakyat, pemimpin akar umbi membantahnya atas sebab menjejaskan kelangsungan dasar multikulturalisme dalam pendidikan sekolah vernakular. Walaupun kementerian telah banyak berbincang dgn badan2 pendidikan vernakular, namun polemik ini akhirnya bertambah parah apabila pemimpin tinggi DAP yg cuba menjernihkan isu berkenaan diserang oleh ketiga2 pihak, iaitu masyarakat Cina sbg pengundi tegar DAP, Gerakan, serta sebuah parti Cina bernama MCA atas sebab 'gagal mempertahankan hak masyarakat Cina'. Mereka menganjing dan memaki DAP sebagai 'pembelot' masyarakat Cina. Dong Jiao Zong (董教總), gabungan badan pendidikan Cina yg paling berwibawa di kalangan masyarakat Cina turut mendesak kerajaan untuk memansuhkan dasar kementerian berkenaan, sehingga digelar sbg 'rasis'. Pada masa yg sama, DAP juga dihentam oleh United Malays National Organisation (UMNO), PAS dan kumpulan pendesak Melayu Islam atas sebab karenah DAP yg dianggap anti-Melayu, anti-Islam dan 'naik tocang selepas pegang kerajaan'. Saya sebenarnya hairan sama ada UMNO dan PAS tau pasal pendirian MCA yg 100% bantah dasar kementerian itu atau tidak.

Membantah langkah kerajaan adalah satu perkara, tapi cara menyatakan sebab2 pembantahan mereka berbagai2. Ada yg rasa pengenalan tulisan Jawi menerusi seni khat tidak sepenting dgn pembelajaran 'coding' yg berkaitan dgn ilmu teknologi maklumat. Ada yg risau dgn kemampuan pelajar yg sedang dan masih dibebani oleh pembelajaran sekolah, ada yg bingung pasal segmen seni khat membawa agenda lslamisasi secara halus di kalangan golongan bukan Muslim. Yg paling mengejutkan adalah adanya hujah bahawa dasar berkenaan bakal menyebabkan penjahanaman ciri2 istimewa SJKC, aliran sekolah vernakular yg dipandang tinggi sbg kubu/tonggak terakhir jati diri dan kepentingan masyarakat Cina di Malaysia. Terdapat juga vandalisme yg berlaku di Menglembu di mana seorang lelaki melempar telur sambil memaki hamun di depan pejabat ADUN Menglembu pada 4 Ogos lalu.

Namun begitu, ada juga penganalisis yg cuba menerangkan maklumat tentang tulisan Jawi dan manfaat pembelajaran menerusi seni khat dari segi penghayatan warisan, perpaduan kebangsaan, dan pemupukan akal minda. Mereka juga memperbetul salah faham tentang latar belakang sistem tulisan Jawi dan perbezaan antaranya dgn huruf Arab yg asal, serta penggunaan tulisan Jawi sbg medium penyebaran ilmu dan seni yg luas dlm bahasa Melayu selain sbg metod penyebaran agama Islam sebelum huruf Rumi dipakaiguna secara menyeluruh. (Malangnya Ahli Parlimen Kluang dikecam susulan usaha penerangan beliau tentang penggunaan tulisan Jawi kononya ia digunakan untuk mengarang bahan bacaan lucah). Ramai orang juga berkongsi cerita dan kenangan tentang pembelajaran tulisan Jawi pada waktu usia muda.

Saya yakin terdapat sebab terpendam yg menimbulkan polemik tulisan Jawi ini. Makalah Faisal Tehrani yg dikarang semasa polemik itu rancak diperheboh telah serba sikit membongkar penyebab induk polemik tersebut: amalan pengikatan secara eksklusif antara apa2 dgn Melayu (antaranya tulisan Jawi) dengan Islam, serta sikap prasangka, curiga, enggan berubah yg masih berakar umbi di kalangan rakyat marhaen. Terdapat juga pendapat yg menyatakan bhw kelakuan kerajaan dahulu yg tidak konsisten menyebabkan kerunduman keyakinan dlm masyarakat Cina, terutamanya dlm perancangan sukatan pelajaran dan pengurusan pendidikan.

31/8/2019
12.40am

Ulasan

Catatan Popular