RENUNGAN UNTUK BULAN OGOS (BAHAGIAN 2/2)

2. Setiap orang pelanggan mempunyai pilihan untuk beli atau tidak beli barangan. Kalau seseorang ingin memboikot barangan atau hasil buatan bukan Muslim secara peribadi, ia tiada masalah, malah tidak perlu dihalang atau dianggap sbg jenayah. Namun begitu, jika tindakan itu sengaja diperluas oleh kumpulan sbg suatu gerakan massa atas nama perpaduan kelompok Melayu Muslim, maka ia kurang membina terhadap integriti kebangsaan. Apabila pada hari ini gerakan boikot barangan buatan bukan Muslim muncul dan rancak dijalankan, mana tahu hari keesokan muncul pula suatu gerakan boikot barangan buatan Muslim atas nama perpaduan kelompok bukan Muslim yg silap2 hangat disambut baik! Maka kedua2 tindakan yg saling menentang antara satu sama lain akan menjana kitaran buruk yg merugikan kedua2 kelompok berkenaan dari segi pemerkasaan ekonomi masing2. Ia lebih menyumbang kpd politik jati diri yg semakin parah pd masa kini.

Justeru, dlm pendapat saya yg kurang profesional, adalah lebih elok jika gerakan utamakan pembelian barangan buatan Muslim digerakkan atas nama pemerkasaan industri kecil dan sederhana (IKS), pembudayaan keusahawanan dan penjanaan sumber pendapatan di kalangan masyarakat Muslim supaya bersama2 merangsangkan pertumbuhan ekonomi dgn masyarakat bukan Muslim. Sejajar dgn itu, prasyarat2 penting untuk gerakan itu adalah daya saing yg sihat dan membina, etika publisiti atau promosi yg mampu memikat hati pelanggan, serta pengawalan mutu barangan berkenaan yg rapi. la secara tidak langsung menyakinkan masyarakat bukan Muslim bhw terdapat beberapa barangan buatan Muslim yg lebih bermutu tinggi di pasaran.

3. Bulan September ini, kita bakal menyaksikan suatu percaturan politik yang baharu lagi bersejarah. Ianya penjalinan perikatan politik secara rasmi antara United Malays National Organisation (UMNO) dengan PAS menerusi pemeteraian piagam kerjasama. Ia disempurnakan dgn perhimpunan dan majlis pemeteraian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada kata istilah disebut sebagai 'tahaluf siyasi'. Peristiwa ini bersejarah kerana kedua2 parti Melayu berkenaan kembali bermesra selepas 40 tahun berseteru di arena politik (dari 1977 hingga bulan Mei 2018). Kedua2 parti politik sedang dan akan menyemarakkan nasionalisme Melayu Muslim sbg wacana baharu untuk menjustifikasikan garis perjuangan mereka di sepanjang zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ia juga digunakan untuk mencabar keabsahan parti Amanah dan Bersatu dari segi misi mempertahankan kesucian agama Islam dan hak2 bangsa Melayu daripada mana2 perkara yg dianggap sbg penindasan oleh 'Yang Lain'.

Kita blh memilih untuk mengejek dan memandang rendah terhadap percaturan politik itu sambil mengidamkan kemenangan yg lebih senang dicapai oleh PH di kalangan bukan Melayu Muslim. Kita blh juga memilih untuk memandang serius terhadapnya, iaitu mengatur strategi untuk menghadapi sebarang impak, mengemukakan wacana jati diri bangsa negara baharu yg lebih canggih untuk menjawab wacana nasionalisme Melayu Islam. Anggota kerajaan PH-Warisan juga perlu bersiap saga untuk memastikan reformasi pentadbiran dan penambahbaikan dasar2 kerajaan dilaksanakan dgn secukup2nya dan berdasarkan manifesto pilihan raya lalu supaya mengurangkan risiko kekalahan teruk dlm PRU-15.

3/9/2019
11.46pm

Ulasan

Catatan Popular