21/3/21

ADUN Buntong A. Sivasubramaniam menang dlm PRU12, PRU13 dan PRU14 secara berturutan atas tiket DAP (2008 dan 2013) dan PKR (2018). Beliau pernah letak jawatannya pd hujung Mac 2008 buat sekejap beberapa minggu slps PRU12 tamat. Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk keluar parti bersama Paul Yong (ADUN Tronoh) pd Mac 2020. Tindakannya tlh memperkukuh kerajaan baharu yg ditubuhkan slps Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sbg Menteri Besar. 

Slps itu, beliau menyertai Gerakan yg ketika itu masih belum menyertai Perikatan Nasional pd Disember tahun lepas. Pd masa itu saya menganggap beliau berhasrat untuk memilih wadah politik baharu yg diajukan oleh parti berbilang kaum yg lebih kurang semirip dgn DAP.

3 bulan kemudian, beliau keluar Gerakan secara senyap2, dan menyertai Bersatu pd masa yg sama. Bersatu di bawah pengelolaan Muhyidin Yassin (TSMY) sejak Mac tahun lalu berperanan sbg tunjang Perikatan Nasional dan memegang kuasa pentadbiran yg lbh menonjolkan berbanding dgn BN sbg penyokong kepimpinan TSMY. Tambahan pula ia juga bersetuju untuk menerima bukan Melayu sbg anggota partinya. Oleh itu saya tidak rasa hairan apabila berita melaporkan penyertaan ADUN Buntong dan Tronoh ke Bersatu pd masa berkenaan. Beliau juga antara 6 orang wakil rakyat Bersatu yg hadir dlm DUN Perak buat masa kini.

PRU15 dijangka dilangsungkan apabila Darurat TSMY tamat. Persoalannya: adakah beliau diberi peluang untuk bertanding di kerusi DUN sendiri atas tiket Bersatu/Perikatan Nasional, bertanding di kerusi DUN lain atau parlimen (seperti Ipoh Barat), ataupun direhatkan begitu saja untuk calon lain? Satu lagi persoalan: siapakah calon yg bakal ditawarkan oleh DAP yg ingin menawan semula DUN Buntong pd PRU15 kelak? Adakah kebanyakan pengundi kwsn berkenaan masih memihakkan DAP semacam yg ditunjukkan dlm tiga PRU lalu?

Dikarang pada 21/3/2021, 1.38 am; dikemaskini pada 2/4/2021, 11.03pm

Ulasan

Catatan Popular