MUAFAKAT NASIONAL?
Dari ini:
Sampai ini:
------
Semenjak tertubuhnya kerajaan Muhyiddin Yassin, sesiapa yang mengambil perhatian terhadap dinamik pergaulan antara United Malays National Organisation (UMNO), Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mampu mengesan hubungan rapat PAS dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) yang semakin menonjolkan berbanding dengan Muafakat Nasional. Selepas PN didaftarkan secara rasmi pada Ogos 2020, PAS menyertai struktur organisasinya dan dipertanggungjawab untuk menerajui badan perhubungan negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Muafakat Nasional pula masih belum didaftarkan secara rasmi walaupun ia telah dibentuk lebih daripada setahun setengah. Walaupun ia masih mengekalkan kerjasama dengan UMNO, namun kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu PAS masih belum merombak majlis mesyuarat negerinya untuk melantik ahli-ahli UMNO sebagai anggota majlis. Keadaan serupanya juga sama di kerajaan negeri Pahang yang diterajui oleh UMNO.
Lepas tu macam mana kesudahannya? Drama 'rakan-musuh' ketiga-tiga parti Melayu Islam (United Malays National Organisation, Parti Islam se-Malaysia, Parti Pribumi Bersatu Malaysia) akan bersambung sehingga tamatnya PRU15 kelak...
2/4/2021
10.37pm
Ulasan
Catat Ulasan