NAJIB RAZAK- 'KETUA PEMBANGKANG' ATAS TALIAN
Najib Razak, walaupun tidak menjawat Ketua Pembangkang parlimen, tetapi beliau sangat aktif di persada media sosial Facebook dan Twitter. Reputasi beliau menjadi tersohor selepas beliau menjenamakan sendiri sebagai 'Bossku' menjelang Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands. Ia terus melonjak apabila beliau lantang mengkritik tingkah laku kerajaan persekutuan dan negeri yang diterajui oleh Mahiaddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), serta mengamalkan 'penjarakan sosial' dengan mereka. Saya yakin beliau sangat sedar bahawa United Malays National Organisation telah terlibat dan bertanggungjawab dalam segala keputusan jemaah menteri persekutuan dan pentadbiran bersama PN di negeri Kedah, Perak, Melaka, Johor dan Sabah.
Saya telah mengamati ulasan dan tampalan beliau di akaun Facebook dan Twitter. Kelihatan beliau lebih aktif mengepos ulasan di laman sesawang Facebook berbanding dengan Twitter. Sebagai contoh, setakat pada pukul 11.35pm hari semalam, beliau telah menampalkan 11 pos yang bertarikh 31 Mei 2021 di Facebook. Ada yang hanya beberapa patah kata, ada yang berbentuk ulasan yang mengandungi hujah yang meneliti. Kadang kala ulasan beliau bersifat sindiran. Pada hari istimewa pula, beliau akan mengepos ucapan khas. Kesambutan untuk setiap tampalan sangat menakjubkan, di mana sekurang2nya 10 ribu pengikut maya telah berinteraksi menerusi ikon seperti 'suka', 'gelak' dan sebagainya. Ruang komen juga banyak dipenuhi dengan komen bersifat sindiran, harapan, pujian dan sebagainya. Kelihatan ia lebih bersifat dukacita dan sindiran terhadap kerajaan Mahiaddin Yassin.
Namun begitu, keadaan di akaun Twitter jauh berbeza daripada akaun Facebook beliau. Tampalan tidak banyak dan kerap, malah kurang mendapat sambutan hangat di kalangan warga maya Twitter. Kelihatan ia lebih bersifat 'tidak peduli' dan sindiran terhadap Najib Razak. Pada tanggal masa yang telah disebut di atas, kelihatan tampalan beliau yang terkini bertarikh 27 Mei 2021. Ia menerima ribuan 'like' sahaja. Jumlah ikon 'like' bagi tampalan lain pula kebanyakannya sekitar ribuan dan ratusan sahaja, tidak sebanyak dengan tampalan Facebook.
Untuk tujuan perbandingan, saya mengambil tampalan Najib Razak yang bertarikh 27 Mei 2021, dan masa kedua2 tampalannya lebih kurang mendekati masa yang sama.
Contoh pertama: Tampalan Facebook bertandakan masa 3.22 petang
Ketiga2 komen yang menerima sambutan yang tertinggi:
---
Contoh kedua: Tampalan Twitter yang bertandakan masa 3.24 petang
Ketiga2 komen yang menerima sambutan yang tertinggi:
---
Maka, saya mengganggap Najib Razak sebagai ketua pembangkang atas talian. Ya, Anwar Ibrahim ketua pembangkang sebenar, tetapi beliau tidak kerap mengemukakan ulasan di akaun media sosial sendiri berbanding dengan Najib Razak. Ada siaran langsung di Facebook, tetapi sambutan masih kelihatan kurang memberangsangkan. Saya pun tidak berminat mengambil peduli dengan ulasan beliau, lagi2 selepas beliau gagal menunaikan janji pelancaran undian Belanjawan 2021 semasa persidangan Dewan Rakyat pada 26 November 2020. Untuk Najib Razak pula, beliau sebenarnya salah satu anggota parlimen yang menyokong Mahiaddin Yassin sebagai PM8 menjelang penubuhan kerajaan baharu 1 Mac tahun lalu. Namun begitu, gaya pendiriannya lebih condong kepada sifat skeptikal terhadap PN. Nadanya tidak semacam Annuar Musa yang sangat mesra dengan PN.
1/6/2021
Ulasan
Catat Ulasan