SEMUA YANG MENUKAR PARTI POLITIK ADALAH 'KATAK'?

Berita Harian:

YB Syed Saddiq:


Saya:

1. Saya setuju dgn YB Syed Saddiq. Ya, beliau dianggap sbg pelompat parti oleh sesetengah penyokong tegar Anwar Ibrahim dan 'hater' Pakatan Harapan. Mereka tidak sedar bhw beliau menubuhkan PARTI BAHARU (Malaysian United Democratic Alliance) slps dipecat dari Bersatu atas sebab pendiriannya untuk tidak mengikut rentak/hala tuju Mahiaddin Yassin slps Langkah Sheraton. Yg turut dipecat dari Bersatu termasuk Tun Mahathir Mohamad, Mukhriz Mahathir (pengasas Pejuang) dan Dr. Maszlee Malik (yg menyertai PKR satu tahun setengah kemudian).

2. RUU Anti-Lompat atau apa2 yg berkaitan dgnnya kena mengenal pasti tafsiran atau erti 'lompat parti'. Kalau tidak, memang akan menggugat kebebasan berpersatuan yg diperuntukkan dlm perlembagaan kita. Lebih elok juga memansuhkan larangan 5 tahun bg wakil rakyat yg meletakkan jawatan supaya diberi peluang untuk bertanding semula di kerusi asal sebaik sahaja menukar parti.

3. Kalau kita mengutuk 'katak pelompat parti' yg dianggap sbg tidak beretika kerana menukar persada politik dari A ke B atau C, maka sila kutuk juga wakil2 rakyat dari blok kerajaan dan pembangkang yg juga blh dianggap dgn sedemikian sbg 'katak'. Sbg contoh, wakil rakyat Amanah yg asal dari PAS, wakil rakyat Warisan yg asal dari United Malays National Organisation dan DAP, serta wakil rakyat PKR yg asal dari Amanah. Jangan lupa pula wakil rakyat yg kembali ke pangkuan United Malays National Organisation slps menang dlm pilihan raya.

29/5/22

9.20 pm

Ulasan

Catatan Popular