BUGAYA, WARISAN PASCA-PRN 16
Hampir 2 bulan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 selesai dilangsungkan, wakil rakyat bagi kawasan DUN Bugaya, Semporna meninggal dunia. Kalau pada hari-hari biasa, Pilihan Raya Kecil (PRK) akan dijalankan untuk memilih wakil rakyat baharu. Namun begitu, disebabkan keadaan wabak SARS-Cov2 menular secara mendadak selepas PRN-16 di Sabah, maka PRK ditangguh dengan pengisytiharan darurat terhadap kawadan tersebut. Ya, darurat ini masih berkuatkuasa selepas darurat peringkat kebangsaan yang dilaksanakan mulai Januari 2021 ditamatkan pada Ogos 2021.
Pada kelmarin lalu, darurat DUN Bugaya telah dimansuhkan atas perkenanan YDPA. Hal ini bererti PRK kawasan tersebut dibenarkan untuk memilih wakil rakyat baharu. Sekarang pengundi di kawasan Bugaya sedang menunggu SPR untuk memuktamadkan tarikh penamaan dan pengundian.
Kawasan DUN Bugaya di bawah kawasan parlimen Semporna
(Sumber: Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri di dalam Negeri Sabah Kali Keenam, SPR, 2017)
PRK Bugaya merupakan ujian baharu buat Warisan selepas kehilangan mandat kerajaan negeri pada September 2020. Walaupun parti ini melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaya mulai Disember 2021, namun fokusnya tetap tertumpu di Sabah. Parti Warisan pernah berganding bahu dengan Pakatan Harapan (PH) semasa memegang kerajaan dan sepanjang PRN16. Namun begitu, Warisan pada hari kini kelihatan tidak lagi menitikberatkan kerjasama dengan PH, terutamanya selepas PRN Johor yang menyaksikan pertembungan dengan PH. Kedua2 bertaraf pembangkang, tapi bergelutan dengan kerusi bukan Melayu-Muslim/Bumiputera.
Oleh itu, PRK Bugaya bakal menguji pretasi Warisan untuk menerajui blok pembangkang dalam arena politik Sabah, serta menguji prestasi kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor. Ia juga pertarungan pertama bagi perikatan tempatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selepas memenangi mandat kerajaan. Memandangkan Bugaya terletak di bawah kerusi parlimen Semporna, pegangan pengerusi parti Warisan Shafie Apdal, maka Warisan wajar membuktikan prestasi yang masih utuh di depan pihak2 lain.
8/10/2022
Ulasan
Catat Ulasan