ARE U READY? (NKM, 2020)
Awal Disember 2020, bekas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu (Peja) digulingkan dengan usul tidak percaya. Rakyat tertanya2 pasal calon Menteri Baru baharu.
Nga Kor Ming: Hey UMNO! Are u ready?
UMNO Perak: Erm...
In view of the current political crisis, Perak needs a multiracial, clean, strong & stable government based on the principle of integrity & good governance. I am prepared to work with anyone who share this vision.Are u ready? @dapmalaysia @anwaribrahim @DrZahidHamidi @guanenglim https://t.co/wGvHQluyer
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) December 6, 2020
Tidak lama kemudian, calon UMNO dilantik sebagai Menteri Besar baharu. Lantaran itu, Perjanjian Kepercayaan & Perbekalan (Confident & Supply Agreement, CSA) telah dimeteraikan antara kerajaan negeri (BN Perak + PN Perak di bawah pimpinan Saarani Mohamad) dan pembangkang (PH Perak). Ia titik permulaan kerjasama secara tidak rasmi antara kedua2 pihak.
In the best interest of the people, Perak PH breaks record by achieving the first confidence supply agreement & institutional reforms with the newly appointed Menteri Besar Datuk Saarani Mohammed. Perak leads & created history. Well done to all. @dapmalaysia @umnoonline pic.twitter.com/vRjHrobumc
— Nga Kor Ming (@NgaKorMing) December 16, 2020
---------------------
2 tahun kemudian, sekali lagi PH Perak dan BN Perak bekerjasama. Kali ini mereka berganding bahu untuk menghadapi kebangkitan PN (terutamanya PAS) dalam PRU15. Oleh itu, PH yang memenangi 24 kerusi bersetuju untuk mendirikan kerajaan bersama dengan BN yang hanya memenangi 9 kerusi. Gandingan ini bukan sahaja merupakan lanjutan daripada semangat politik matang menerusi CSA, ia juga beperanan sebagai teladan yang amat penting bagi mana2 parti atau perikatan politik untuk mengusahakan pembentukan perikatan pasca-pilihan raya (post-election coalition building) apabila tiada pihakl memperolehi majoriti mudah dalam majlis perwakilan rakyat (Parlimen dan DUN di peringkat persekutuan dan negeri masing2) dalam PRU kelak.
Nga Kor Ming: Hey BN! Again, are u ready?
BN Perak: YES!
*Dialog berkenaan rekaan semata2 berdasarkan keadaaan politik semasa.
6/12/2020
Ulasan
Catat Ulasan