25 TAHUN KEMUDIAN

Tanggal hari 17 Oktober 1997 merupakan hari terakhir Anwar Ibrahim membentang Belanjawan sebelum dipecat oleh Tun Dr.  Mahathir Mohamad pada tahun seterusnya. Beliau anggota parti United Malays National Organisation dan Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982, serta menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu.

Anwar Ibrahim pada ketika itu bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di belakang berdirinya Najib Razak, Perdana Menteri ke-6.

25 tahun kemudian, pada 24 Februari 2023, Anwar Ibrahim kembali untuk membentang Belanjawan 2023 (versi kemaskini) di Dewan Rakyat. Kali ini beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Kewangan. Beliau juga Ahli Parlimen Tambun yang memenangi kerusi itu pada PRU15 lalu. Tambahan pula, kerajaan yang diterajui oleh beliau merupakan kerajaan campuran besar yang dibentuk atas nama 'Kerajaan Perpaduan'. Salah satu komponen adalah Barisan Nasional, perikatan politik yang disertai olehnya sebelumnya.

Sumber: Jabatan Penerangan

25 tahun lepas, media tradisonal (televisyen, radio, majalah dan surat akhbar)  merupakan medium komunikasi perdana yang dipakai guna untuk mengenali Belanjawan 1998. 25 tahun kemudian, perkembangan teknologi maklumat (jaringan laman sesawang 5G) dan kehadiran media sosial popular (Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok) telah memudahkan orang ramai memahami Belanjawan 2023 (versi kemaskini). 

26/2/2023

12.15 am

Ulasan

Catatan Popular