BLACKPINK IN... MALAYSIA

Hari ini 4hb Mac 2023. Untuk sesiapa yang mengambil tahu perkembangan hiburan K-pop, hari ini berlangsungnya konsert Blackpink di Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Konsert kedua ini dianjurkan 4 tahun selepas konsert sebelumnya dianjurkan pada Februari 2019.

Untuk peminat setia Blackpink (BLINK) seperti saya, keinginan untuk menghadiri konsert Blackpink tidak dapat diendahkan. Oleh sebab reputasi mereka sangat terkemuka di peringkat antarabangsa, malah ia bukan kumpulan artis yang biasa2, jadi bukan mudah untuk mengundang mereka ke Malaysia, apatah lagi ada suara kesangsian terhadap konsert ini pada minggu-minggu sebelum ini serba sedikit mencalar imej negara di mata peminat K-pop sedunia.

Namun begitu, saya tidak kesempatan pergi untuk menghadiri konsert itu. Keberatan untuk melepaskan peluang keemasan. Lagipun pada setakat ini kesinambungan kumpulan Kpop itu masih belum dimuktamadkan oleh YG Entertainment, syarikat pengendalinya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk membeli sesuatu 'cenderamata' yang melambangkan kumpulan itu sebagai memori istimewa itu. Kebetulannya, baru2 ini syarikat pengilang biskut Oreo telah bekerjasama dengan Blackpink untuk memasarkan siri produk Oroe yang bertemakan Blackpink. Oreo Blackpink namanya. Ia terdiri daripada 3 jenis perisa inti, iaitu coklat, strawberi dan vanila. Tambahan pula, reka bentuk bungkusan turut diubahsuai agar ciri-ciri Blackpink ditonjolkan di mata pelanggan.

Iklan Oreo Blackpink yang diiklankan oleh Oreo menerusi Facebook

Ya, saya telah membeli Oreo Blackpink baru2 ini. Saya bukan penggemar biskut Oreo, tapi saya tetap membelinya supaya ia menjadi sumber memori sebagai BLINK. 


Inti biskut yang berperisa strawberi 🍓 

Inilah tandatangan Rosé yang tertera di label bungkusan Oreo Blackpink. Kali pertama lihat, nampak macam huruf R dan akar bunga. Sekali lihat dengan teliti, rupa2nya huruf itu mewakili Rosé dan bunga itu mewakili bunga mawar (rose dalam bahasa Inggeris).


제가 블랙핑크 오리아과자를 사고 너무 기뻤습니다. 그래서 콘서트에 못 가면서 제가 아직 행복합니다.

Saya membeli biskut #oreoblackpink dan saya sangat gembira. Oleh itu, walaupun tidak mampu pergi ke konsert, saya masih berpuas hati. 

#blink 
#malaysia

4/3/2023
8.30 am

Ulasan

Catatan Popular