KUANTAN DAN JUJUTSU

Baru2 ini Kuantan menjadi sohor kini dalam perbincangan dalam kalangan peminat anime. Hal ini disebabkan ibu negeri Pahang telah disebut dalam episod 18 Jujutsu Kaisen (Musim 2) yang disiarkan pada 24 November 2023. Walaupun saya bukan peminat anime, namun saya masih mengetahui berita ini memandangkan Kuantan tidak disebut dengan kerapnya semacam bandaraya-bandaraya lain seperti Kuala Lumpur (ibu negara Malaysia) dalam rancangan hiburan popular.

Daerah Kuantan (Sumber: Google Maps, 2023)

Lantaran itu, ahli majlis mesyuarat (EXCO) negeri Pahang, Leong Yu Man telah menyuarakan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan keindahan pantai di Kuantan sempena kesohoran nama Kuantan susulan penyiaran episod anime tersebut. Selaku EXCO yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelancongan negeri, beliau menyatakannya semasa menjawab soalan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di mana pantai-pantai di Kuantan akan diusahakan supaya menjadi destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan peminat anime. Beliau juga memaklumkan sidang itu bahawa pencipta karya anime akan dihubungi oleh pihak kerajaan supaya dapat memperolehi dokongan untuk mendirikan 'tapak memorial Kento Nanami' seperti yang ditularkan dalam kalangan peminat anime.

Ya, begitulah beliau menyebutnya seperti yang ditayang dalam sedutan video di bawah. Kalau bukan disebabkan oleh fenomena tersebut, saya tidak tahu pula Leong merupakan seorang pentadbir negeri yang rendah diri, apatah lagi tempat beliau berkhidmat adalah di Pahang yang termasuk dalam koridor Madani (gandingan BN dan PH selepas PRU15).



13/12/2023

Ulasan

Catatan Popular