RANCANGAN COSPLAY PERTAMA: KEQING

Saya mengambil perhatian terhadap budaya cosplay (peniruan gaya keterampilan dan perwatakan watak dari karya animasi/anime, komik, permainan video atas talian dan penyiar virtual) sejak separuh awal tahun ini. Selepas mengenalpasti tahap kesesuaian budaya itu terhadap saya, maka saya mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalamnya sebagai hobi. Saya ingin mengikuti arus kebudayaan popular ini sebelum usiaku mencecah umur pertengahan.

Pada awalnya, saya ingin berketerampilan sebagai Lumine (watak Pengembara perempuan sebagai avatar pemain Genshin Impact). Hal ini kerana gaya pemakaiannya merangkumi tema warna yang tidak rumit dan kelihatan cantik. Selepas saya mendalami jalan cerita Archon Quest dan Story Quest, serta mengetahui perwatakan dan kisah menarik tentang watak2 selain Lumine, akhirnya saya mendapati bahawa watak perempuan kegemaranku adalah Keqing dan Ganyu. Setelah mempertimbangkan reka bentuk pakaian, keterampilan dan sifat watak berkenaan, saya memuktamadkan watak Keqing  sebagai calon watak dalam rancangan pertama cosplay. Ya, ia bererti saya perlu menonjolkan ciri-ciri kewanitaan yang memadankan gaya keterampilan Keqing.

Gaya keterampilan Keqing amat mempersonakan: pakaian gaun yang bertemakan warna ungu, sanggul yang semirip dengan bentuk telinga kucing, pasangan ikat ekor kuda panjang, dan kaki dalam sarung kaki berwarna perang. Salah satu hiasan pakaiannya sangat istimewa di mana bentuk dan coraknya semacam bulu burung merak. Dalam kata ringkas, wajahnya kelihatan comel dan gayanya anggun. Saya tidak terperanjat apabila seseorang salah menyebut 'Keqing' sebagai 'kucing'.

Selain itu, perwatakan Keqing dalam jalan cerita Genshin Impact juga menarik. Dengan memakai gelaran 'Yuheng' (diilhamkan daripada nama bintang Alioth dalam asterisme Gayung Besar), dia melambangkan kaum wanita berkerjaya dalam dunia realiti: berjawatan sebagai pegawai tadbir dalam struktur pentadbiran negara yang memegang portfolio infrastruktur awam dan kerja raya (semirip dengan menteri atau ahli majlis mesyuarat hal ehwal kerja raya di dunia hakiki), serta pelaksana dasar yang penting dalam organisasi pengurusan.

Kehadiran Keqing dalam jalan cerita tidak banyak. Selain Archon Quest (Bab 1), dia turut muncul dalam aktiviti versi Moonlight Merriment ('Sentuhan Cahaya Rembulan' dalam terjemahan bahasa Indonesia) sempena Moon-Chasing Festival (serupa dengan perayaan kuih bulan dalam tamadun Tionghua) pada tahun 2021. Selain itu, dia juga muncul sebagai watak utama dalam aktiviti versi Fleeting Colors in Flight ('Sekilas Rona di Angkasa') sempena Lantern Rite Festival (serupa dengan perayaan tahun baharu Cina dan Chap Goh Meh) pada tahun 2022. Walaupun watak ini tidak dirangkumi dalam segmen Story Quest atau Hangout Event, tetapi interaksi dan perwatakannya yang terserlah dalam kedua-dua aktiviti versi tersebut boleh dianggap serupa dengan kedua2 jenis Quest yang khususnya direka untuknya.

Keqing bukan sahaja kelihatan comel dan bergaya anggun, malah kerap menyerlahkan sikap keberanian yang mengagumkan, serta memegang pendirian yang unik tapi tidak degil. Tingkah lakunya peramah dan belas kasihan. Tambahan pula, perwatakannya yang paling penting merupakan pola fikiran yang realistik: menimba pengetahuan dengan diri sendiri demi kerjayanya, memanfaatkan kuasa Vision kurniaan Dewa selepas gagal dimusnahkan. Walaupun Keqing bersifat skeptikal terhadap Dewa Pemerintah, namun dia tidak abaikan tanggungjawabnya, dan tidak bermusuhan denganNya. Sikap itu kian berubah susulan perubahan corak pentadbiran yang mengambil tempat. Perwatakan sedemikian telah serba sedikit mengagumi saya.

Penglibat budaya cosplay, atau cosplayer telah banyak menunjukkan gaya keterampilan watak Keqing di media sosial. Selain itu, terdapat pelakon karya dewasa yang berketerampilan sebagai Keqing. Antaranya termasuk Chiharu Sakurai, bekas pelakon karya dewasa yang berketerampilan sedemikian pada 2021.

Chiharu Sakurai yang keterampilan sebagai watak Keqing dalam karyanya pada 2021. Walaupun kedua2 sanggul digantikan dengan hiasan telinga kucing, namun keseluruhan gaya tetap comel dan menawan hati saya.

Lantaran itu, saya telah menempah kostum dan rambut palsu di persada jual beli atas talian mengikut kesesuaian saiz badan dan kemampuan perbelanjaan saya.

Rambut palsu bagi watak Keqing.

Set kostum yang ditempah dan dikirim dari China.

Wajah saya apabila mendondon rambut palsu keqing. 😁



Begitulah cerita saya tentang rancangan cosplay yang berwatakkan Keqing dari Genshin Impact. 

Penafian: coretan ini menceritakan rancangan cosplay sebagai watak perempuan dari genre permainan atas talian. Ia tidak bersamaan dengan pendokongam ideologi dan gerakan hak homoseksualiti dan transgenderisme.

10/12/23

8.24pm

Ulasan

Catatan Popular