SEKALI LAGI TANGGAL 29 FEBRUARI SUDAH SAMPAI
29 Februari hari istimewa yang hanya muncul setiap 4 tahun.
Pada 29 Februari 2016, Tun Mahathir keluar dari parti United Malays National Organisation susulan kesengketaan beliau dengan Najib Razak. Ia titik bermulanya penyusunan politik di mana sejumlah besar anggota parti itu undur dan tubuhkan parti baharu- PPBM (gelarannya 'Bersatu').
Pada 29 Februari 2020, seluruh rakyat Malaysia menanti2kan kesudahan Langkah Sheraton yang berlangsung sejak 23hb bulan itu. Ya, hari itulah Muhyiddin Yassin dimuktamadkan sebagai perdana menteri kelapan (PM8). Ada orang sedih kerana kerajaan pimpinan Tun Mahathir tiada dapat dikembalikan untuk meneruskan usaha memperbaiki keadaan negara. Pada masa yang sama, ada juga orang teruja dengan kesudahan sedemikian kerana ia berlambangkan Perpaduan Melayu yang berjaya direalisasikan untuk menamatkan tampuk kuasa Pakatan Harapan kononnya dikuasai oleh DAP. Tanggal hari itulah titik bermulanya Perikatan Nasional di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin sehingga Ogos tahun kemudian.
Apakah dengan 29 Februari pada tahun ini? Beberapa agensi berita telah melaporkan kandungan surat yang dikemukakan oleh Sultan Selangor. Kandungan surat itu luar biasa kerana ia mengecam kenyataan Hadi Awang yang mengenai peranan Raja-Raja Melayu dalam pembelaan kesucian agama Islam susulan keputusan perbicaraan Nik Elin (pada 9 Februari lalu) yang tidak memihakkan pihak kerajaan PAS Kelantan . Saya menafsirkan peristiwa ini sebagai kesinambungan persaingan naratif agama antara Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim yang mengajukan konsep Madani dengan naratif Perpaduan Ummah yang bernada keras dan ditunjangi oleh Hadi Awang dan pengikutnya.
29/2/2024
7.27 pm
Ulasan
Catat Ulasan