COSPLAY PARTY 4.0 DI IPOH PARADE

Pada tanggal 10hb Mac lalu, saya telah menghadiri acara Cosplay Party 4.0 di pusat beli-belah Ipoh Parade. Ia aktiviti tahunan yang bertemakan costume playing, iaitu hobi berketerampilan sebagai watak anime, kartun, permainan atas talian dan penyiar maya (AGCV) kegemaran masing2. Acara ini saya buat kali pertama hadir. Saya bersinggah di sana selama 1 jam setengah untuk merasai suasana yang penuh dengan kepelbagaian fantasi AGCV sambil berkenalan dengan cosplayer yang berketerampilan dalam berbagai2 watak AGCV.

Hari kedua Cosplay Party 4.0 kelihatan lebih riuh-rendah berbanding dengan jangkaan saya. Selain pentas utama, laluan di sekelilingnya turut dipenuhi dengan cosplayer dan pengunjung aktiviti ini. Ada yang bergambar (sama ada dalam gaya swafoto atau rakaman), ada yang saling bertukar-tukaran akaun media sosial seperti Instagram. Ada juga beberapa pasangan kekasih berketerampilan sebagai watak AGCV sambil berjanji temu (dating). Saya dapat mengecam watak2 dari karya anime popular seperti One Piece, Spy X Family dan Frieren, serta dari permainan Genshin Impact dan Honkai Star Rail yang diperagakan dalam kalangan cosplayer. Ada juga yang berketerampilan sebagai watak lain2 yang saya tidak dapat kenali nama masing2.

Tambahan pula, ada sesebilangan cosplayer Muslimah yang memakai pakaian watak AGCV yang telah diubahsuai mengikut prinsip penutupan aurat yang patuh syariah. Salah satu ciri2nya ialah pemakaian tudung yang dilipat dan sepadan dengan warna rambut watak masing2.


Suasana yang riuh-rendah dalam Cosplay Party 4.0

Keterampilan saya dalam watak Keqing yang bersertakan cermin mata... ✌️

Aktiviti Cosplay Party 4.0 peluang keemasan untuk mengenali cosplayer yang berkongsikan minat yang serupa. Silap2 anda berkenalan dengan cosplayer yang sekian lama terkemuka dalam media sosial! Yang paling penting ialah pengembangan jaringan pergaulan sosial di mana para cosplayer yang sebelumnya bersikap introvert dapat melangkaui batasan perasaan malu untuk saling berkenalan antara satu sama lain.

Walaupun saya bukan peminat anime, malah tidak main permainan atas talian seperti Genshin Impact dan Honkai Star Rail, tapi saya serba sedikit mengetahui watak2 popular daripadanya.

Antara cosplayer yang berketerampilan sebagai Kamisato Ayaka (dari Genshin Impact) dalam gaya pemakaian Kendo

Salah satu cosplayer yang berketerampilan sebagai Barbara (dari Genshin Impact) dalam kostum Summertime Sparkle

Saya amat teruja dengan kehadiran cosplayer ini yang turut berketerampilan sebagai watak Keqing meskipun pemakaian kostum dan aksesori yang berbeza.

Cosplayer yang berketerampilan sebagai Jingliu dari Honkai Star Rail

Cosplayer yang berketerampilan sebagai Danheng dalam rupa Imbibitor Lunae dari Honkai Star Rail

Salah satu cosplayer yang berketerampilan sebagai Yor Forger, watak popular dari karya anime Spy X Family

Saya entah tahu sama ada mampu atau tidak mengunjungi acara tahunan ini pada tahun depan, namun saya yakin acara dan budaya costum playing yang semakin disambut baik dalam kalangan Generasi Z dan Millennial boleh dimanfaatkan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi dalam pergaulan kemasyarakatan.

18/3/24
11.05pm

Ulasan

Catatan Popular