'ONE BY ONE GENTLEMEN'
'One by one gentlemen' merupakan bahan meme yang pernah menular dalam komuniti media sosial. Ia berpunca dari pertarungan antara pengusaha kedai runcit dengan si pencabar. Walaupun video rakaman berkenaan menjadikan bahan meme tersebar, kedua2 pihak tetap pilih untuk berdamai.
Kini, ada video pendek muncul dan tersebar pula di mana ia sekali lagi bertemakan 'One by one gentlemen'. Namun begitu, video itu memaparkan permuafakatan antara si pencabar dan si penyahut cabaran, serta si pendamai yang merungkai kesalahfahaman' antara kedua2 pihak. Ya, dengan berdasarkan kisah menular, ia betul2 memaparkan tema 1Malaysia yang telah lenyap selepas Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri. 😁
Ya, dalam zaman media sosial yang menonjolkan keperibadian istimewa, setiap bakal wakil rakyat wajib pandai memanfaatkan seni cerita dan persembahan naratif untuk menyampaikan mesej yang mudah difahami dan bermakna!
6/7/24
12am
Ulasan
Catat Ulasan