PRK

Pilihan Raya Kecil (PRK) merupakan pilihan raya yang dijalankan dalam tempoh 3 tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) atau Negeri (PRN) dilangsungkan apabila wakil rakyat asal telah meletakkan jawatan, meninggal dunia, kehilangan keahlian sama ada menerusi dewan perundangan atau keputusan mahkamah (hukuman denda sebanyak Rm2000 atau lebih, dan penjara selama 12 bulan atau lebih). Secara umumnya keputusan PRK dibandingkan dan ditafsirkan sebagai tanda aras untuk mengenal pasti sejauh mana mana2 parti kerajaan dapat mengekalkan sokongan kukuh atau kehilangannya. Justeru, ia sesuai dicerakinkan oleh pengulas dan pemerhati politik.

Keputusan PRK sepanjang zaman kerajaan Pakatan Harapan (PH) (10 Mei 2018- 24 Februari 2020) pimpinan Tun Mahathir Mohamad menunjukkan sokongan kerajaan yang asalnya utuh semakin merudum. Selain Muafakat Nasional yang dijalin antara United Malays National Organisation dan PAS telah mempengaruhi corak persaingan antara mereka dengan Bersatu (yang berada dalam PH ketika itu), PRK Tanjung Piai secara umumnya dibaca sebagai peristiwa mustahak bagi berlakunya Langkah Sheraton.

PRK Sungai Kandis: Parti kerajaan negeri ✅ 

PRK DUN Seri Setia: Parti kerajaan negeri ✅

PRK DUN Balakong: Parti kerajaan negeri ✅

PRK Parlimen Port Dickson: Parti kerajaan persekutuan ✅ 

PRK Parlimen Cameron Highlands: Parti kerajaan persekutuan ❌

PRK DUN Semenyih: Parti kerajaan negeri ❌

PRK DUN Rantau: Parti kerajaan persekutuan ❌

PRK Parlimen Sandakan: Parti kerajaan persekutuan ✅

PRK Parlimen Tanjung Piai: Parti kerajaan persekutuan ❌ 

PRK Parlimen Kimanis: Parti kerajaan persekutuan ❌ 

------

Pada zaman Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, corak keputusan PRK telah menunjukkan sokongan yang masih memberangsangkan. Ya, pembangkang yg bernama Perikatan Nasional masih pegang keempat2 negeri selepas PRN Ogos 2023, tetapi ia tidak lagi menggugat tahap sokongan kerajaan dalam kalangan pengundi pos.

PRK Parlimen Padang Serai: Parti kerajaan persekutuan ❌ 

PRK DUN Tioman: Parti kerajaan negeri ✅

PRK Parlimen Kuala Terengganu: Parti kerajaan persekutuan ❌  

PRK Parlimen Pulai & DUN Simpang Jeram: Parti kerajaan persekutuan ✅ 

PRK DUN Pelangai: Parti kerajaan negeri ✅

PRK DUN Jepak: Parti kerajaan negeri ✅ 

PRK Parlimen Kemaman: Parti kerajaan persekutuan ❌

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Parti kerajaan negeri ✅

PRK DUN Sungai Bakap: Parti kerajaan negeri ❌

PRK Dun Nenggiri: Parti kerajaan negeri ❌ 

PRK DUN Mahkota: Parti kerajaan negeri ✅ 

PRK DUN Ayer Kuning: Parti kerajaan negeri ✅ 

Menjelang bahagian separuh akhir tahun ini, Kerajaan Perpaduan tidak lagi digugat dengan mudah oleh propaganda pembangkang. Mereka akan terus menumpukan usaha dalam melaksanakan reformasi ekonomi seperti yang dirancangkan pada awal tempoh pentadbirannya.


28/4/25

1.30am

Ulasan

Catatan Popular