DRAMA TIKAM-MENIKAM (BAHAGIAN 1)
2 tahun selepas berlakunya Langkah Sheraton, peristiwa penukaran kerajaan tanpa menerusi pilihan raya tidak lagi berlaku selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan susulan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang dilangsungkan pada 19 November 2022. Namun begitu, bak pepatah 'malang tidak berbau', sekali lagi peristiwa berkenaan berlaku pada hujung tahun 2025. Kali ini ia berlaku di negeri Perlis.
Ya, negeri Perlis yang pada suatu ketika dulu kubu kuat United Malays National Organisation (UMNO) jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN) pada PRU15. Ia antara negeri di mana Jawatan Menteri Besar Perlis dipegang oleh ahli dewan undangan negeri (ADUN) PAS. Namun begitu, Menteri Besar tersebut dipaksa melepaskan jawatan susulan kehilangan sokongan ADUN seperikatan. Ya, 3 orang dari PAS turut bersama dengan 5 orang dari Bersatu untuk menarik sokongan daripada beliau. 3 orang tersebut dipecat dari PAS. Episod drama ini berakhir buat setakat apabila Menteri Besar baharu dijawat oleh anggota dari Bersatu. Meskipun tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) dijalankan untuk menggantikan ketiga2 ADUN tersebut, namun tiada ADUN PAS menyertai majlis mesyuarat negeri baharu yang dipimpin oleh Menteri Besar baharu tersebut.
"Langkah Krismas" yang diungkap oleh Liyana Marzuki, pengarang dan pengulas isu semasa, amat sesuai digunakan untuk menyifatkan drama tikam-menikam dalam perikatan tersebut. Titik permulaan jatuh pada penyiasatan rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar. Kekecundangan beliau dalam pilihan raya parti turut menjadi faktor penolakannya.
Walaupun Muhyiddin dari Bersatu berperanan sebagai Pengerusi PN sejak tertubuhnya perikatan ini, namun PAS berperanan sebagai Abang Besar de facto dalam PN di sebalik tabir. Dengan adanya struktur organisasi yang utuh di kubu-kubu tradisional, bilangan kerusi parlimen dan DUN yang melonjak dengan menyerlahnya ketika PRU15 dan PRN, serta sumber politik yang dikuasai menerusi kerajaan negeri2 PN, Bersatu kelihatan lemah untuk menunjang perikatannya. Pergelutan dalaman yang berlaku dalam Bersatu (kem Muhyiddin-Azmin dan Hamzah) kerap diperhatikan oleh orang ramai, sedangkan PAS tetap padu dalam perpaduan organisasi. Akhirnya Muhyiddin melepaskan jawatan tersebut pada 1 Januari 2026. Walaupun calon untuk dilantik sebagai Pengerusi PN baharu belum dimuktamadkan, namun ia dijangka dijawat oleh pemimpin kanan PAS selain Hadi Awang.
13/2/26
10.43 pm
Comments
Post a Comment