ANWAR & RAFIZI
Pada bulan Mei 2022, Rafizi Ramli memenangi pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjawat sebagai timbalan presiden. Ia pencapaian yang amat menakjubkan selepas beliau mengumumkan pengaktifan semula dalam kegiatan politik selepas 3 tahun hiatus.
Dalam pengamatan saya, kehadiran tokoh 'pembantu' atau 'pencatur strategi' merupakan kunci kejayaan Anwar Ibrahim yang mustahak untuk menggalang kewibawaan PKR dalam gabungan PH. Selepas Azmin Ali keluar dari parti tersebut dan mencetuskan ribut politik (iaitu Langkah Sheraton), parti itu ibarat kehilangan arah untuk bangkit semula. Parti itu mengalami kekecundangan yang mendukacitakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor. Lantaran itu, menerusi inisiatif 'Ayuh Malaysia', Rafizi dilihat sebagai 'pembantu' yang amat diperlukan untuk menambahbaik kepimpinan Anwar selaku presiden parti tersebut, serta menyemarakkan semangat Pakatan Harapan (PH) pada ketika itu. 6 bulan kemudian, gandingan tersebut berjaya membuahkan kemenangan PH sebagai blok parti majoriti. Susulan itu, Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri yang kemudian menerajui Kerajaan perpaduan.
3 tahun kemudian, Rafizi Ramli terkecundang dalam pilihan raya PKR. Beliau kemudian melepaskan kedua2 timbalan presiden parti dan Menteri Ekonomi kerajaan persekutuan. Tokoh yang mengambil jawatan timbalan presiden adalah Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim yang suatu ketika dahulu terkecundang dalam PRU15.
1 tahun kemudian, Rafizi Ramli memperanjatkan seluruh negara dengan tindakan undur diri daripada PKR. Beliau sertai dan ambil alih parti politik mikro yang bernama Parti Bersama Malaysia.
Kini, adakah sejarah yang mendukacitakan itu bakal berulang susulan terkeluarnya Rafizi Ramli dari parti dan gabungan tersebut? Adakah Nurul Izzah dapat memainkan peranan yang semirip dengan pendahulunya supaya parti itu terus berwibawa dalam kepimpinan gabungan itu? Adakah beliau mampu menjenamakan diri sendiri sebagai pewaris semangat Reformasi untuk menghadapi pesaing politik yang semakin agresif dalam PRU16 kelak ?
----
2022年5月,拉菲茲(Rafizi Ramli)在人民公正黨(PKR)黨選中獲勝,出任署理主席。這是他剛結束長達3年政治蟄伏並重返政壇後所達到的巨大成就。
在我的觀察中,「副手」或「策略師」角色對安華(Anwar Ibrahim)的威信、乃至他的政治生涯成就不可或缺的關鍵。這對提升公正黨在希盟(PH)聯盟中的威信至關重要。自從阿茲敏(Azmin Ali)退黨並引發政治風暴(即「喜來登行動」)後,該黨彷彿失去方向。在馬六甲、砂拉越和柔佛的州選中,公正黨遭遇了令人沮喪的慘敗。因此,透過“Ayuh Malaysia” 運動,拉菲茲被視為當時極其需要的「副手」,不僅輔助了安華作為黨主席的領導,也激勵了希盟當時的士氣。6個月後,這對搭檔成功帶領希盟奪下最多國會議席。隨後,安華被任命為首相,進而領導團結政府。
3年後,拉菲茲在公正黨黨選中落敗。他隨後卸下黨署理主席以及聯邦政府經濟部長的雙重職務。接任該黨職的人是努魯依莎(Nurul Izzah)——安華的女兒,她曾在第15屆全國大選(PRU15)中落選的。
1年後,拉菲茲拋下震撼彈,宣布退出公正黨。他加入並接管了一個名為“Parti Bersama Malaysia”的微型政黨。
如今,隨著拉菲茲退出該黨與聯盟,這段令人沮喪的歷史是否會重演?努魯依莎能否發揮與其前任相似的作用,確保該黨在聯盟中繼續保持主導者威信?她是否有能力將自己塑造為「烈火莫熄」(Reformasi)精神的繼承人,以應對未來第16屆全國大選(PRU16)中日益氣勢洶洶的政治對手?
23/5/2026
8.54 pm
Comments
Post a Comment