Dengar Sebuah Lagu Melayu...


Dewasa ini, saya amat suka mendengar lagu Melayu. Antaranya adalah lagu ‘Anak Kampung’.

Penyanyi asal lagu tersebut ialah Jimmy Palikat, penyanyi yang berasal dari Tambunan, Sabah. Pada tahun 2011, beliau menghasilkan lagu ‘Tanak Kampung’ yang berbahasa Kadazan-dusun. Tidak lama kemudian, lagu itu digubah dalam bahasa Melayu semula, lantaran itu terhasillah ‘Anak Kampung’ yang kita kenali sekarang.

Menjelang hujung tahun 2012, lagu ‘Anak Kampung’ semakin popular, dinyanyi dan disebar di mana-mana selok-belok negeri Sabah, tak kira di desa, kota dan bandar raya, atau dari konsert atau karaoke mini atau persembahan kebudayaaan. Ia turut meraikan sambutan hangat di Semenanjung Malaysia! Lagu ini yang mempunyai irama ala Sabah pertama sekali menembusi halangan mujarad geografi, dan juga menembusi fenomena perbezaan budaya dalam kalangan masyarakat berbilang etnik/ kaum. Lantaran itu, lagu ini dipandang tinggi dan menjadi topik hangat dalam aspek hiburan dan kemasyarakatan.

Mengapa saya terpikat akan lagu ‘Anak Kampung’? Hal ini kerana lirik lagu ini memaparkan monolog lelaki, yang melatarbelakangkan kurang berada atau ‘miskin’ terhadap wanita idamannya. Rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh lelaki miskin tersebut turut ditonjolkan menerusi ayat-ayat lagu tersebut. Walaupun liriknya ringkas dan hanya mengandungi beberapa patah kata,namun ia tiada maksud kesedihan, tetapi membawa irama yang menarik, menyenang hati lagi menghiburkan. Senang ingat dan pakai guna pula, kerana tiada unsur rancak dan sebarang unsur yang berkaitan dengan putus cinta! (Terbaik punya! )

Mungkin lagu ‘Anak Kampung’ kuat disambut oleh khalayak masyarakat, tidak lama kemudian, munculnya satu lagi lagu ‘Anak Kampung’, yang versinya berbeza sedikit. Lagu baharu ini dinyanyi oleh Jimmy Palikat bersama kumpulan muzik Melayu, One Nation Emcees (saya ingat ia kumpulan Barat…). Bahagian rap (lidah rancak) dimasukkan dalam versi baharu dan dinyanyi oleh kumpulan tersebut.

Yang berikut adalah lirik lagu ‘Anak Kampung’ versi asal:

Memang aku ini anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapatku berikan
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan

Aku anak kampung tiada pelajaran
kuli kuli sahaja memang tidak padan
cantik bah kau itu banyak yang tergoda
lagi orang kaya

(Chorus)
tiada keretaku bawa kau jalan-jalan
rumahku pun tiada ada pun bapa punya
apalagi belanja mahu bayar berian
kahwin sama kamu
Bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerana aku cinta
aku lepaskan kau sama
orang lain

Engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiadalah guna


 ~Kesimpulannya, lagu ini sangat 'best' sekali, sedap kedengaran!!! :)

29 Mac 2013
1.40 petang

Ulasan

Catatan Popular