COGAN PARTI
Dewasa ini, saya kedengaran dan lihat beberapa jenis cogan kata atau slogan yang kerap diguna pakai oleh mana-mana pihak parti politik.
Bagi Barisan Nasional, cogan kata '1 Malaysia' diutarakan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaam persekutuan. Slogan ini banyak digunakan dan disiarkan di mana-mana aktiviti rasmi dan media perdana arus. Banyak program dan dasar yang berpaksikan slogan itu dilakukan sepanjang 4 tahun ini, misalnya Tarian 1Malaysia, Kedai Runcit 1Malyasia, Kedai Buku 1Malaysia, Baucer Buku 1Malaysia, 1 Pelajar 1Sukan dan lain-lan. Pihak kerajaan pada tempoh masa itu amat gemar menerapkan '1' dalam apa-apa tema rancangan...
Semasa masa menghampiri tahun 2012, munculnya satu lagi cogan kata daripada Barisan Nasional, 'Janji Ditepati'. Ia umpama slogan yang menyempurnakan inspirasi parti tersebut. Lantaran itu, cogan 'Janji Ditepati' banyak digunakan di mana-mana ucapan, dasar, program rasmi kerajaan. Dewasa ini, 'Janji Ditepati' lebih banyak diheboh-hebohkan oleh media perdana arus menerusi iklan-iklan janji Barisan Nasional berbanding dengan cogan '1 Malaysia' dan 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.' Pada masa yang sama, Jelajah Janji Ditepati turut diadakan di mana-mana tempat demi menghebohkan usaha parti tersebut dalam pentadbiran negara ini.
Walhal, cogan kata ini menimbulkan perdebatan hebat apabila ia digunakan sebagai tema Hari Kebangsaan pada tahun 2012. Ada beberapa pihak kata pihak kerajaan pusat menyalahgunakan cogan kata yang berunsur kepartian dalam sambutan sempena Hari Kemerdekaan. Terdapat juga beberapa cendekiawan dan golongan pro-pembangkang mendakwa cogan ini langsung tidak memaparkan wawasan dan ilham rakyat jelata terhadap pembangunan negara Malaysia (citizens' inspiration and vision toward nation-building). Cogan itu juga dikritik atas sebab lagu tema yang intonasinya lebih menonjolkan sumbangan yang dicurah oleh pihak pemerintah kerajaan persekutuan sahaja semenjak ketiga-tiga tahun lepas, bukan wawasan dan sumbangan oleh mana-mana lapisan masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, pada 8 Ogos 2012, Perikatan Pakatan Rakyat mengemukakan cogan kata 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' untuk menolak 'Janji Ditepati'.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, 'Janji Ditepati' masih diguna pakai oleh Barisan Nasional, terutamanya UMNO. Beberapa orang penjawat tinggi kerajaan kian memperbanyak kritikan dan kecaman terhadap pembangkang dengan menggunakan 'janji tidak ditepati', 'janji pembangkang hanya janji kosong' dan apa-apa istilah yang berkaitan dengannya. Pada 6 April 2013, 3 hari selepas Parlimen Malaysia dibubarkan, perikatan Barisan Nasional telah mengutarakan manifesto pilihan raya 'Aku Janji' yang merangkumi apa-apa janji yang akan, atau mesti, ditunaikan selepas kemenangan perikatan tersebut.
Sebaliknya, bagi parti DAP, PAS dan PKR, mereka menggunakan cogan kata 'Selamatkan Malaysia' untuk mengemukakan rancangan menggantikan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. DAP mengemukakan cogan kata 'Ubah', PAS pula mengemukakan 'PAS Untuk Semua (PAS For All). Mereka pun sudah bersiap sedia untuk melancarkan strategi pengambilalihan tampuk pemerintahan kerajaan.
Bukan itu sahaja, ketiga-tiga parti turut menghasilkan beberapa video dan bahan multimedia untuk menyampaikan aspirasi mereka menerusi laman sesawang dan sosial. Pada awal Januari 2013, DAP melancarkan video publisiti 'Ubah Rocket Style'. Daripada tahuj, kita dapat tahu ia bertemakan lagu 'parody' yang diilhamkan daripada lagu bahasa Korea 'Oppa Gangnam Style'. Ia sangat kuat disambut baik di kalangan pengundi muda. Video tersebut disediakan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Banyak orang kata Pilihan Raya Umum ke-13 merupakan pertarungan yang tersengit dalam sejarah Malaysia. Ya... Saya setuju akan kenyataan itu kerana laman sesawang yang dulunya diguna oleh pembangkang sebagai salah satu strategi dalam PRU 12 lalu telah menjadi medan pesaingan baharu.
Note:
Alamat laman sesawang bagi video 'Ubah Rocket Style':

- Versi bahasa Tamil: http://www.youtube.com/watch?v=bN0vW7jok-Y&feature=youtu.be (saya rasa video ini paling istimewa sekali! Kenapa? Buka dan tonton...)
- Versi bahasa Mandarin: http://www.youtube.com/watch?v=jfecFuIQC8w&feature=youtu.be
- Versi bahasa Melayu: http://www.youtube.com/watch?v=TbqxsTSDWNk&feature=youtu.be
- Versi bahasa Inggeris: http://www.youtube.com/watch?v=BMGfsWgIujk
Ulasan
Catat Ulasan