GULA...

Petang semalam, Bajet kewangan 2014 telah diusulkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kerajaan 47%, Datuk Seri Najib bin Tun Razak. Terdapat beberapa pendekatan baharu yang diiterbitkan daripada yang diusulkan dalam Bajet 2013 tahun lalu. Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Baucer Buku 1 Malaysia, peruntukan kewangan kepada beberpa bahagian atau jabatan dan lain-lain….

Namun, salah satu tumpuan yang amat menarik perhatian rakyat jelata ialah: Cukai Barang dan Perkhidmatan akan dikenakan mulai 1 April 2015!

Selain itu, subsidi gula yang sebanyak 34 sen akan dimansuhkan! Beliau juga mengumumkan bahawa pemansuhan subsidi gula tersebut akan berkuatkuasa mulai 26 Oktober 2013. Dalam kata lain, harga gula di Semenanjung akan naik daripada RM2.50 ke RM2.84, manakala harga gula di Sabah dan Sarawak juga naik dari RM2.60 ke RM2.94 mulai hari keramat itu!

26 Oktober 2013… Tengok kalendar, dan terkejut…. Cepatnya...

Alamak! Saya belum bersiap sedia untuk menjalani kehidupan yang gulanya mahal... Saya juga risau kenaikan harga itu akan mengundang siri kenaikan barang-barang yang berasaskan gula atau menggunakan gula sebagai bahan mentah. Saya ragu juga terhadap pemansuhan subsidi gula itu sama ada demi kesihatan rakyat jelata (seperti yang ditegaskan oleh kerajaan semasa mengumumkan pemansuhan itu). Saya takut juga harga minuman, mee goreng, kuih-muih yang saya gemari akan semakin meringankan dompetku… Nanti penjaja akan susah menyara kehidupan dan terpaksa menaikkan harga seunit makanan atau minuman demi meringankan kos pembelanjaan harian…



Oleh yang demikian, saya hendak beritahu sesuatu kepaa gula yang dikasihi… ‘Gula oh gula, tolong kesian saya yang semakin tertekan akibat kos kehidupan yang semakin melambung tinggi…’

‘Gula oh gula yang manis sekali, kenapa kamu kejam terhadap kami yang gemar rasa manis?’

‘Gula oh gula, kenapa kamu mengikut rentak kenaikan harga minyak petrol yang dilaksanakan semenjak 3 September lalu?’


‘Gula oh gula, mulai hari ini, saya pasti akan rindu kamu yang dahuluya murah dibeli…’

Sigh~

Gambar dipetik dari lawan sesawang 'The Hindu'.

Ulasan

Catatan Popular