GULA JUGA...
Susulan pengumuman bahawa pemansuhan subsidi gula berkuatkuasa mulai 26 Oktober 2013 (dengan cepat), kerajaan 47% banyak menerima kritikan daripada kalangan rakyat. Penghuni bandar, khususnya, mengkritik pemansuhan itu hanya membebenkan pembelanjaan kos kehidupan harian masing-masing. Mereka risau akan siri kenaikan harga barang-barang akibat pemansuhan subsidi gula tersebut juga, seperti yang menjelma dalam pasaran sesudah harga petrol minyak naik pada 4 Jun 2008 dan 3 September 2013.
Kerajaan 47% cuba menerangkan sebab-sebab pemansuhan subsidi gula perlu dilaksanakan. Perdana Menteri kita kata pemansuhan tersebut diperlukan untuk mengurangkan jumlah pesakit kencing manis di negara ini. "Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," beliau kata semasa mengumumkan perkara itu, "saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman." Di samping itu, timbalan Perdana Menteri kita juga menegaskan pendapat yang diuar-uarkan dengan mengambil contoh daripada Yang Mendiang Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Beliau kata kenaikan harga gula untuk manfaat orang kita. "Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum. Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong. Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga masalah am- hendak menjaga kesihatan" katanya semasa memberi ucapan di majlis pertemuan di Sungai Limau.
Bukan itu sahaja, Perdana Menteri kita turut memberikan alasan yang sungguh luar biasa terhadap keputusan pemansuhan subsidi gula itu! Pada 26 Oktober 2013, semasa beliau merasmikan persidangan perwakilan nasional Gerakan, beliau kata pengambilan gula berlebihan turut menjejaskan KEHIDUPAN SEKS (atau TENAGA BATIN LELAKI)! Wah, tak sangka pula dia boleh menjadi doktor kebatinan lelaki... Kalau macam itu, lebih baik beliau mengganti Menteri Kesihatan kini... Tapi kita tidak tahu di mana dia memperolehi kesimpulan, lagipun penyakit kencing manis bukan disebabkan oleh pengambilan gula semata-matanya...
Saya rasa kerajaan pusat ini gagal memberikan alasan yang munasabah terhadap isu pemansuhan subsidi gula itu. Mereka asyik mengungkitkan 'baik untuk kesihatan', 'baik untuk kehidupan seks', 'jangan jadi macam Azizan'. Kerajaan mungkin tidak tahu bahawa pengambilan garam berlebihan juga boleh menyumbangkan kepada penyakit darah tinggi, pengambilan minyak berlebihan boleh mengundang masalah kolesterol dan obesiti jugak! Takkan tidak tahu juga pengambilan KONDOM yang berlebihan telah menyebabkan masalah sosial dan maksiat yang dikecami oleh mana-mana lapisan masyarakat... Saya harap kerajaan turut meningkatkan harga barang-barang itu supaya 'baik untuk kesihatan kita' dan 'baik untuk kehidupan seks kita' ya...
(Makalah ini hanya pendapat saya, jangan marah ya kalau tercakap anda...)
Sumber berita: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/subsidi-gula-dimansuhkan-berkuatkuasa-esok,

Ulasan
Catat Ulasan