IMAGINASI TENTANG KOTA-KOTA PENGANJUR TEMASYA PIALA DUNIA FIFA

Temasya Piala Dunia FIFA telah tamat setengah bulan lepas. Brazil sebagai negara penganjur banyak mendapat perhatian daripada seluruh dunia. Ada peminat bola sepak rela pergi ke sana untuk menyaksikan pertandingan secara langsung, ada yang melancong sambil menghayati kemeriahan temasya tersebut. Ada juga wartawan yang sempat merakamkan dan menyaksikan keindahan dan keistimewaan setiap kotaraya selain melaporkan setiap berita Piala Dunia. Justeru, Brazil yang juga salah satu anggota badan BRICS (perikatan ekonomi yang baharu) telah banyak menonjolkan potensinya dari segi sosioekonomi. Diharap Brazil akan terus maju seiring dengan globalisasi kini.

Baiklah, secara jujurnya, saya pernah berimaginasi pasal sesuatu istimewa semasa temasya tersebut berlangsung. Saya fikir keadaan yang mungkin menjelma jikalau Malaysia dapat menjadi negara pengajur Temasya Piala Dunia FIFA. Nampak sangat gila, kan? Bagi saya, ia langsung tidak gila; sebaliknya saya rasa setiap negara ada peluang untuk menganjur temasya peringkat dunia ini. Lagipun temasya itu merupakan suatu pertandingan bola sepak yang reputasinya banyak diiktiraf oleh para peminat bola sepak. Jikalau Malaysia dapat menganjur temasya itu, saya yakin tanah air kita ini dapat menonjolkan keindahan dan keistimewaan yang luar biasa daripada negara lain. Kupasti indusri pelancongan akan dapat dimangkin secara maksimum, penerokaan tempat dapat digiatkan, dan lokasi-lokasi dapat dimeriahkan samapi tahap yang sangat menakjubkan. Selain itu, walaupun pada masa terdekat (dekad ini) kita belum menyaksikan mandat penganjuran temasya Piala Dunia dianugerahkan kepada pihak tanah air kita, namun saya telah menyenaraikan beberapa kotaraya yang berpotensi untuk menganjurkan beberapa pertandingan kecil dan besar semasa musim temasya tersebut. Ciri-ciri kotaraya penganjur mestilah kawasan yang maju, pesat membangun dan juga mengandungi makna bagi seluruh masyarakat Malaysia terutamaya dari segi sejarah pembangunan.

Yang berikut adalah kota-kota yang telah dipertanggungjawab oleh pihak Brazil untuk menganjurkan pertandingan bola sepak semasa temasya Piala Dunia FIFA dari 12 Jun hingga 13 Julai 2014 Masihi. Saya boleh merasa betapa istimewanya setiap kota yang seakan-akan melambangkan sesuatu makna tersirat bagi negara tersebut.
  1. Brasilia (ibu negara Brazil selepas 1960)
  2. Sao Paulo (kotaraya yang terbesar di Brazil)
  3. Rio de Janeiro (bekas ibu negara Brazil yang berperanan sebelum tahun 1960)
  4. Salvador (kota bersejarah yang terunggul buat negara Brazil)
  5. Manaus (kota yang terletak di tengah-tengah kawasan hutan tropika Amazon)
  6. Forteleza
  7. Recife
  8. Belo Horizonte
  9. Natal
  10. Porto Alegre
  11. Cuiaba
  12. Curitiba
Sumber: Brazil 2014 FIFA World Cup, (oleh Gabriela Rios), 6 June 2014. The University of Texas at Austin. http://world.utexas.edu/risk/safetyupdates/archives


Baiklah, yang berikut adalah kota-kota yang berpotensi menjadi tempat penganjuran pertandingan temasya tersebut JIKALAU tanah air kita dapat diamanahkan untuk melangsungkan pertandingan mega tersebut. Senarai ini hasil pemikiran kritis dari saya sendiri.

  1. Kuala Lumpur (lambang: ibu negara Malaysia yang mewakili Malaya sebagai salah satu anggota yang membentuk persekutuan Malaysia)
  2. Kuching (lambang: ibu negeri Sarawak yang mewakili Sarawak sebagai salah satu anggota yang membentuk persekutuan Malaysia)
  3. Kota Kinabalu (lambang: ibu negeri Sabah yang mewakili Sabah sebagi salah satu anggota yang membentuk persekutuan Malaysia)
  4. Melaka (lambang: kota bersejarah yang terkenal di Malaysia)
  5. Georgetown
  6. Johor Bahru
  7. Ipoh (lambang: kotaraya yang terkenal dengan perlombongan bijih timah yang terkemuka di dunia, gunung dan gua kapur.... )
  8. Kuantan/ Kuala Terengganu
  9. Labuan
  10. Sibu/ Miri/ Bintulu
 p/s: Kalau nak beyul-betul memngangkat nama baik tanah air kita, lebih baik menambahbaik segala perkara yang berkaitan dengan program bola sepak, memperbaik sistem pengangkutan, kebudayaan dan keselamatan. Jangan lupa juga untuk memperkukuh hubungan dan keharmonian etnik, terutamanya di Malaysia Barat!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Terlampir juga beberapa gambar kotaraya utama yang sangat indah...

Kuala Lumpur (atau KL dalam singkatan kata) sebagai ibu negara Persekutuan Malaysia
(Sumber: http://www.thestar.com.my/Lifestyle/Features/2014/05/27/Average-city-KL-ranks-17th-out-of-30-cities-in-global-survey/)


Kuching, Sarawak
(Sumber: http://www.weather-forecast.com/locations/Kuching)


Kota Kinabalu, Sabah
(Sumber: http://www.visit-malaysia.com/sabah-tours/top10-tours.htm)


Kota Melaka (digelar juga sebagai Bandar Hilir), Melaka
(Sumber:http://www.chinadaily.com.cn/life/2013-07/16/content_16781567_11.htm)


Georgetown, Pulau Pinang
(Sumber: http://albaljoon.com/viewofferdetails.php?balofferid=2)


Johor Bahru, Johor
(Sumber: http://www.taxisingapore.com/singapore-to-malaysia/)


Ipoh, Perak
(Sumber: http://allaboutipoh.blogspot.com/2010/09/welcoming-everyone-to-all-about-ipohs.html)

29/7/2014
11.45 am

Ulasan

Catatan Popular