ANGIN PERKAUMAN!
Dewasa ini,
ideologi perkauman dan fahaman sempit semakin merebak.....
Ibarat angin, semakin hari semakin kencang ditiup di merata-rata Semenanjung.....
Terutamanya hari-hari selepas PRU13.
Dengan bantuan badan-badan berkehaluan kanan,
Dengan pengizinan secara halimunan daripada pihak daulah terpendam,
dan juga NGO yang berkepentingan luar biasa,
Api kebencian dan hasad dengki semakin kuat....
Hantu-hantu perkauman semakin hari semakin giat,
Merasuk jiwa dan raga hamba abdi kejahilan dan kebingungan...
Selagi api prasangka perkauman dibiarkan,
selagi api hasad dengki terhadap kaum lain diapi-apikan,
semakin kuat impaknya,
Semakin kuat persengketaan antara kaum dan dalam kaum.....
Semakin kecurigaan timbul antara kelompok....
Semakin susahnya semangat negara bangsa dikembalikan....
Jadi, mulai saat ini,
kita WAJIB bersiap sedia,
WAJIB tahu cara berfikir dan berhujah,
untuk hadapi segala ujian, dugaan,
Dan cabaran yang menguji keharmonian rakyat jelata watan ini,
dan bencana yang bakal jelma daripada rebaknya ideologi perkauman.......

Dikarang pada 13/10/2014,
diubahsuai pada 23/9/2015 dan 24/12/2015

Ulasan
Catat Ulasan